Jadi tukang beli ais, Nabila Razali dipuji ambil alih tugas hakiki anak lelaki
Kebiasaannya, kaum lelaki adalah insan terpilih untuk keluar pergi membeli ais batu setiap kali menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang, baik ahli keluarga mahupun sahabat handai.
Bagaimanapun, tugas tersebut tetap juga dilakukan oleh kaum wanita dalam waktu tertentu seperti yang dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon tersohor, Nabila Razali menerusi hantaran di media sosial.
Menerusi hantaran dimuat naik di laman TikTok, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali dilihat sedang memasuki ke sebuah kedai Sangam yang terletak di Tampin yang terletak di antara sempadan Negeri Sembilan dan Melaka bersama seorang kanak-kanak lelaki.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah aktres berusia 31 tahun itu keluar dengan sebungkus plastik dipenuhi ketulan ais batu sebelum diletakkan pada bahagian belakang kereta.
“Syawal ke-2,”tulis ringkas pelatun lagu Pematah Hati di ruangan kapsyen.
@nabila.razalii 2nd Syawal 🤌🏼 #IceIceBaby
♬ Hari Raya – IamNeeta & Najwa Latif & Mimie Haris & Deanna Hussin
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Nabila yang bergiat aktif dalam industri hiburan sejak tahun 2013 kerana mengambil alih tugas kaum lelaki.
Mereka juga mengatakan sikap ‘senang’ Nabila Razali itu sangat mendatangkan keuntungan kepada bakal suaminya kelak apabila dia menamatkan zaman bujang nanti.
Sumber: TikTok @nabila.razalii
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source