Mudahnya Nak Buat Popis Coklat Versi Baby, Puas Dia Makan! Kenyang & Sedap, Anak Pasti ‘In Love’!
Siapa kata anak kecil tak boleh makan manis? Sebenarnya mereka juga boleh menikmati menu pemanis mulut. Asalkan diperbuat dari bahan organik dan bebas gula atau bahan perasa yang lain, anak tetap boleh makan manis.
Salah satu resipi yang sesuai disediakan untuk anak kecil adalah popia pisang. Rasa manis datang dari pisang, pasti anak akan sukakannya.
Jom belajar resipi mudah Popis Coklat Versi Baby dari Farisha Sofea;
💓 POPIS COKLAT VERSI BABY 💓
Bahan-Bahan:
Kulit popia
Pisang secukupnya (dibelah dua)
Minyak untuk menggoreng
Untuk Coklat :
1/3 cawan susu penuh krim
1 sb mentega tanpa garam
1 sk tepung jagung
2 sb serbuk koko
3 sb puri kurma
Untuk Topping:
Adunan coklat
Serbuk keju
Biskut coklat
Snek buah
Badam cincang
Cara-cara:
1. Mula-mula, sediakan bahan bahan untuk coklat. Satukan ke semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil.
**Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi likat .
**Coklat ini juga boleh dijadikan sebagai sapuan coklat dan coklat cip. Kemudian biarkan sejuk sebelum digunakan.
Baca Juga:
Resipi Banana Yogurt Cheese Cake, Sesuai Hidang Waktu Raya. Masam-Masam Berlemak, Sedap!
Resipi Ayam Sos Mentega Buat Makan Satu Famili. Sesuai Untuk Ibu Pantang, Memang Sedap!
Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!
2. Untuk membuat popis coklat, ambil sekeping kulit popia dan letakkan pisang. Tuangkan sesudu adunan coklat di atas pisang tadi. Lipatkan popia dengan kemas .
**Sapukan sedikit air pada bahagian hujung kulit popia agar tidak terbuka ketika digoreng. Ulang proses sehingga selesai .
3. Panaskan minyak, gorengkan popia menggunakan api sederhana besar sehingga garing.
4. Angkat dan toskan. Hias popia dengan bahan topping. Siap , selamat mencuba!
Khasiat Pisang Untuk Anak
1. Kandungan mineral dan karbohidrat dalam pisang mudah dicerna dan menjadikan buah ini sebagai sumber tenaga yang baik. Sesuai diberikan kepada anak-anak yang aktif!
2. Menjadi sumber serat yang dapat membantu melawaskan pencernaan.
3. Pisang mengandungi antioksidan dan kaya dengan vitamin. Dapat membantu mengurangkan kerosakan dari radikal bebas yang menjadi risiko penyakit.
4. Pisang dapat membantu meningkatka kesihatan jantung kerana ia kaya dengan kalium dan magnesium.
5. Buah ini juga dapat membantu menghindakan stres kerana kandungan triptofan dan asid amino di dalamnya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source