Ayam Masak Merah, Sesuai Dijadikan Hidangan Rumah Terbuka
Ayam masak merah ini taklah susah sangat nak memasaknya. Boleh dimakan dengan nasi putih atau boleh juga dimasak nasi minyak dan sebagainya untuk digandingkan bersama.
Yang penting, menu ini sesuai untuk dijadikan hidangan rumah terbuka memandangkan semua menggemarinya termasuk anak-anak.
Resipi yang dikongsikan oleh Encik Nazri Mat Zain atau Chef Papa ini adalah untuk 5 ekor ayam. Ha..sesuailah untuk yang sedang berkira-kira nak buat rumah terbuka.
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
5 ekor ayam (potong)
Cili kering (rebus dan kisar)- Anggaran 1 jug blender – boleh beli online di sini
Rempah 4 sekawan
Tomato puri
Sup tomato
Susu cair – boleh beli online di sini
Kacang peas
Serbuk kunyit – boleh beli online di sini
Air
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Serbuk perasa – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Bahan-Bahan Kisar:
12 biji bawang besar
2 ½ labu bawang putih – boleh beli online di sini
14 batang serai – boleh beli online di sini
200gram lengkuas
250gram halia – boleh beli online di sini
2 sudu besar jintan manis – boleh beli online di sini
8 biji buah keras – boleh beli online di sini
Bahan Sampingan Lain:
Bawang besar (hiris bulat)
Daun sup (racik)
Daun sup (racik)
Cara Memasak Ayam Masak Merah:
Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam. Jangan terlalu garing ye. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Kisar bahan-bahan untuk kisar dan cili kering yang dah direbus. Ketepikan.
Gunakan minyak yang kita goreng ayam tadi, tumis bahan kisar hingga pecah minyak bersama dengan 4 sekawan (kayu Manis, Bunga lawang, Bunga cengkih dan buah pelaga).
Kemudian masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak lagi.
Bila dah pecah minyak, masukkan tomato puri 1 tin, tomato soup 1 tin dan cili sos 1 tin ( saja saya bagi sukatan dengan tin supaya senang nak buat nanti gunakan tin tomato puri pun tak apa).
Masak lagi hingga pecah minyak.
Masukkan garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa. Selepas itu masukkan susu cair 1 tin dan ayam yang telah digoreng tadi. Perlahankan api dan biarkan mereneh sekejap supaya ayam tu mesra bersama kuah.
Masukkan bahan-bahan sampingan bawang besar dan daun sup serta daun bawang yang dipotong-potong.
Akhir sekali, masukkan kacang peas dan kacau sebentar. Angkat. Dah siap Ayam Masak Merah style Chef Papa. Selamat mencuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Paprik Ayam, Satu Lauk Dah Cukup Buat Makan Bertambah-Tambah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source