Aliff Syukri minta maaf, mengaku kalah bukan lagi penyanyi no. 1 Malaysia
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza selain menyerahkan semula takhta ‘penyanyi nombor satu Malaysia’ selama ini.
Aliff berbuat demikian selepas berdebat dengan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim mengenai gelaran penyanyi nombor satu yang sebelum ini dicanangnya dengan penuh keyakinan.
Bonda Rozita berkata, dia membantah apabila Aliff menggelarkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu memandangkan ia adalah tidak bersesuaian dengan suaranya yang tidak setanding Siti Nurhaliza.
Tambah Bonda Rozita, dia bersyukur kerana penyanyi berusia 44 tahun itu tidak kecil hati dengan kelakuan anaknya.
“Mak tengok ada orang komen dekat media sosial yang kau kata ‘Kenal tak saya, saya artis nombor satu?’kat Siti Nurhaliza. Kau kenapa? Bodohlah kau ni, nasib baik Siti Nurhaliza tak kecil hati.
“Maaflah Siti, anak saya memang macam tu. Dia tahu kamu penyanyi nombor satu,”ujar Rozita.
Bonda Rozita bertanya kepada anak lelakinya sama ada dia mempunyai perasaan malu atau tidak apabila yakin mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu berbanding Siti Nurhaliza.
“Kau tak baik Syukri, orang menyampah dengan kau nanti. Kau tak malu ke? Kalau Siti, semua orang akui dan berapa banyak anugerah dia dah dapat. Kau dapat anugerah apa? Kecaman?,”ujarnya lagi.
Aliff bagaimanapun tetap menyatakan dia penyanyi nombor satu selain menasihati Siti untuk tidak takut bergelar penyanyi nombor dua dibelakangnya.
“Tak apa, awak jangan takut. Walaupun awak duduk belakang saya, saya tetap akan sokong awak. Suara awak sedap, cuma pithcing ada lari sikit. Awak kena ikut macam saya punya suara,” katanya membuatkan Rozita tergelak.
Namun, tidak pula bagi Bonda Rozita dengan mengatakan suara Aliff seperti katak dalam paya dan bertegas mahu Aliff Syukri meminta maaf kepada Siti Nurhaliza.
“Kau tak boleh cakap dia macam tu, kau patutnya minta maaf dengan dia,” tegas Rozita.
Tersentak dengan teguran Bonda Rozita, Aliff Syukri tampil memohon maaf dan tidak sengaja melukakan hati Siti Nurhaliza.
“Siti Nurhaliza, saya minta maaf kerana tak sengaja melukakan hati awak. Sekarang disebabkan mak saya dah marah saya, saya jadi kat belakang awak lah. Awak nombor satu.
“Saya serahkan saya punya anugerah saya kepada awak. Saya reda awak nombor satu. Saya minta maaf, saya (janji) tak buat lagi. Awak ambillah balik nombor satu awak. Saya dah nombor dua pun tak apalah. Terima kasih Siti Nurhaliza,” katanya.
@butik.ashijab Dileksia Aliff Syukri susah ingat, susah menyebut satu perkataan, tp kompiden dia xboleh ajak bincang – Bonda ingat masa dia masuk kolej belajar bahasa english kat Taylor Collage, balik rumah dia mengadu yg cikgu tu xpaham2 *sy dah sebut dgn betul, tp cikgu tu yg salah – lepas tu kan Mak.. sy ajar cikgu tu cara sebut yg betul (cikgu ni mat saleh tau tak ) – Dia marah dan nak berhenti sekolah dia kata cikgu tu yg bodoh..!! Sy nangis gelakan cara dia explain pd sy, wahai Allah berikan anak sy ni kebaikan dunia – akhiratnya yg tak terjangkau dek akal sy membetulkannya Dia mudah sentap dgn sy, Sy xboleh cakap dia xpandai sekolah dia akn sakit hati.. Walau dia dapat result D atau G – dia tetap yakin menjawab pd sy mak ni ingat sy bodoh tengok subjek lain semua ok..!! Sy Pandang sudut baik dia, kelemahan dia sebenarnya ialah kelebihan pd dirinya – dan kami bertabah hati dgn kerenah dia sanggup usik @ctdk_official maaf sgt2 dia xbermaksud begitu sebenarnya ya Dato Siti Dia main2 je maafkan dia dato siti ya Kri ni pelawak dan selamba kalau sakat org – arwah Mak sayang sgt dia ni – dia suka kawan Makcik2 tua – sakat orang mmg hobi dia..!! #dileksia #fyp #funny #bondarozitaibrahim #ibondarozitaibrahim #dherbsterlajaklaris #terlajaklaris
Sumber: TikTok @butik.ashijab
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source