Elak buat benda mengarut, Zul Ariffin pilih duduk di Mekah
Aktor hebat, Zul Ariffin, memaklumkan yang dirinya rasa lebih selamat berada di Madinah dan Mekah kerana membuatkan hatinya lebih tenang.
Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Zul mengatakan yang dirinya bukanlah seorang yang begitu baik, namun sekurangnya dengan berada di Tanah Suci, perkara-perkara kurang baik boleh dielakkan.
“Saya tak kata diri ini baik. Tetapi rasanya lebih baik dan selamat kalau saya menetap di Mekah atau Madinah. Alahai, sekarang bukan macam dulu, ada duit, baliklah sini semula.
“Sekurang-kurangnya saya boleh elak daripada buat benda-benda bodoh. Daripada melancong ke tempat mengarut dan entah apa-apa yang saya akan buat, baik duduk di Mekah.
“Sampai bila ya tak nak buat benda mengarut? Perlahan-lahan kayuhlah orang kata. Hendak buat perubahan baik ini bukan dalam tempoh satu malam magis itu berlaku. Sekurangnya saya cuba,”katanya.
Walau bagaimanapun, pelakon filem Talbis Iblis itu menyatakan yang dia tiada niat untuk melarikan diri kerana memilih untuk lebih santai pada tahun ini.
“Entahlah, saya sebenarnya memang rancang nak lepak saja. Nak relaks. Terus-terang, bukan sebab buat begini sebab nak elak kontroversi atau apa, tak ada pun.
“Kalau saya rasa nak balik Malaysia, saya balik. Kalau tidak, memang saya banyakkan masa duduk di sana. Tengok tempat di sana, relaks.
“Aktiviti saya pun banyak buat umrah di sana, hari-hari. Kebanyakan masa pun saya seorang diri. Tak ada buat benda lain pun,” katanya.
Dia yang masih lagi pulang ke Malaysia jika berkeinginan dan mempunyai pengambaran mengatakan sedang menunggu panggilan untuk menunaikan ibadah haji selepas Syawal ini dan berharap agar urusannya dipermudah.
“Bagaimanapun saya masih lagi menunggu keputusan. Sekarang ini belum terima apa-apa pengesahan namun rasanya nampak peluang macam cerahlah.
“Saya dah lama pasang hajat ini dan bersedia nak buat. Lepas ini Insya-Allah, panggilan ‘Abang Hajilah ya’,” seloroh Zul.
Ditanya perihal sambutan hari raya, pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin itu mengatakan yang dia tidak pulang ke kampung selepas ketiadaan ibu memandangkan bapanya juga berhari raya di ibu kota.
Dia juga memaklumkan mempunyai pengambaran selepas Aidilfitri nanti dan lebaran tahun ini disambut secara sederhana sahaja.
“Kalau ditanya pasal raya, ya saya raya di sini tahun ini. Tapi tidak balik kampung pun sebab ayah juga ada di ibu negara.
“Arwah mak pun sudah tiada jadi nak kata beraya sangat itu tidaklah. Lepas raya ini pun ada penggambaran yang saya perlu jalani.
“Ada juga hasrat nak raya di Mekah, tapi belum dapat lagi. Tengoklah macam mana sebab semua ini rezeki dariNya juga,” katanya.
Zul Ariffin yang sememangnya tidak pernah sepi dengan kontroversi dilihat kurang aktif di media sosial sejak kebelakangan ini. Dia yang masih lagi giat dalam dunia seni banyak berkongsi momen sewaktu berada di Tanah Suci dan menunaikan umrah memandangkan kerap berulang-alik ke sana sejak tahun lalu.
Pelakon itu sebelum ini turut mengakui bakal ‘berhijrah’ ke sana memandangkan mempunyai perniagaan yang memerlukannya untuk kerap berada di Mekah dan Madinah.
Sumber: Utusan Malaysia
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source