Ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati di Jepun. Kali ini LIBUR senaraikan kepada anda beberapa destinasi tarikan pelancong yang patut anda kunjungi ketika berada di negara matahari terbit itu.
Shibuya
Shibuya dikenali dengan lintasan pejalan kaki yang ikonik di mana pejalan kaki akan menyeberang dalam lautan manusia. Persimpangan ‘Shibuya Crossing’ dikenal sebagai lintasa pejalan kaki menyeberang diagonal paling sibuk di dunia. Disekeliling lintasan pejalan kaki ini dihiasi oleh layar video yang memberikan kesan kesibukan warga kota Shibuya yang begitu mendalam.
Tempat penyeberangan ini terkenal dengan berbagai papan iklan dan video berlayar besar. Perbagai iklan promosi yang menggunakan paparan iklan digital yang terang menyala melingkari lintasan dan dimainkan secara berulang-ulang. Boleh dikatakan bahawa lebih daripada 1 juta orang menyeberang di lintasa Shibuya ini pada setiap hari.
Pada waktu tertentu, seluruh arah lintasan ini akan menjadi sangat sibuk, terutama pada saat hujan ketika semua orang menggunakan payung. Jadi dicadangkan kepada anda pergi melihat sendiri bagaimana suasana yang digambarkan di sini.
Shinjuku
Shinjuku merupakan sebuah bandar yang menerima ramai pengunjung dan juga tempat untuk mengalami dan merasai budaya Jepun. Di sini terdapat banyak lokasi yang wajib dikunjungi. Antaranya adalah kawasan tumpuan membeli-belah seperti pasaraya dan kedai barangan elektronik, kawasan hiburan seperti di Kabukicho, dan lain-lain lagi.
Pengunjung boleh menikmati pemandangan taman-taman ala Jepun, Inggeris, dan lain-lain lagi di Shinjuku Gyoen dengan hanya berjalan sedikit sahaja dari Stesen Shinjuku. Lokasi yang terkenal dengan pohon Sakura ini juga turut menerima pengunjung Hanami (tradisi Jepun dalam menikmati keindahan bunga Sakura) yang ramai pada musim bunga. Ianya dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang.
Selain itu, anda boleh ke Lorong Shinjuku-dori yang menempatkan pelbagai kedai fesyen terkenal yang wajib dikunjungi ketika membeli belah di Shinjuku. Jika ingin membeli cenderamata berbentuk barangan makanan, anda disyorkan untuk berkunjung ke tingkat satu bawah tanah di bangunan utama pasaraya ISETAN.
Terdapat pelbagai pilihan di pasaraya ISETAN ini, antaranya adalah makanan Jepun seperti wagashi (kuih tradisional Jepun) dan teh Jepun, kedai-kedai chef pastri terkenal di sudut manisan dan lain-lain lagi. Bento (makanan bekal) dan lauk-pauk turut dijual di sini, sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tengah hari.
Pasar Tsukiji
Pasar Ikan Tsukiji adalah pasar borong ikan terbesar di dunia, dan terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang sukar anda dapati di tempat lain. Pasar ini dibuka pada 9 pagi dan lebih daripada 400 jenis makanan laut seperti rumpai laut, ikan sardin 300 kg, ikan tuna dan spesies ikan paus yang menjadi kontroversi.
Bilangan pekerja pada 25 Januari 2010 seramai 65 000 orang termasuk pemborong, akauntan, pelelong, pegawai-pegawai syarikat, dan pengedar. Selepas membeli belah di pasar anda boleh menjamu selera di restoran yang berada di luar pasar tersebut. Terdapat pelbagai makanan termasuk sushi segar.
Harajuku
Harajuku merujuk kepada kawasan sekitar Stesen Harajuku Tokyo, yang terletak di antara Shinjuku dan Shibuya di Laluan Yamanote. Ia adalah pusat budaya para remaja yang paling ekstrem di Jepun dengan gaya fesyen pelik, tetapi juga menawarkan tempat membeli-belah untuk orang dewasa dan beberapa tempat-tempat bersejarah.
Tumpuan utama budaya remaja Harajuku adalah Takeshita Dori (Takeshita Street) dan jalan-jalan yang dipenuhi oleh banyak kedai-kedai bergaya, butik fesyen, kedai pakaian terpakai dan restoran makanan segera yang berkonsepkan fesyen dan trend remaja sekarang.
Taman Ueno
Jika sebut sahaja simbol Ueno Koen, pasti akan terbayang patung gangsa orang membawa anjing yang terdapat di pintu masuk taman. Ianya merupakan patung Saigo Takamori, seorang samurai terkenal yang bergiat aktif pada abad ke-19. Oleh kerana Saigo gemar membawa anjing kesayangannya pergi berburu, patung ini telah direka berdasarkan imej tersebut.
Ueno Koen merupakan lokasi Hanami (melihat bunga) yang mempunyai lebih kurang 1,200 batang pokok sakura. Ueno Koen pada asalnya merupakan tapak kuil Buddha iaitu Kai’ei-ji. Dikatakan bahawa individu yang membina Kan’ei-ji ini telah membawa sakura dari Kyoto dan menanamnya di kawasan kuil. Di Kan’ei-ji juga terdapat makam shogun (jeneral). Pada musim sakura berkembang, kawasan ini dibuka untuk lawatan dan menerima ramai pengunjung.
Gunung Yoshino
Memang banyak tempat menarik untuk melihat keindahan pokok bunga sakura, tapi kalau nak tahu, tempat yang paling terkenal sekali untuk menyaksikan pokok yang menyejukkan mata ini adalah di kawasan Gunung Yoshino.
Mana taknya, di sini terdapat dalam 30,000 batang pokok bunga sakura yang menyelaputi kawasan gunung ini. Nak lihat pemandangan paling indah pokok-pokok ini, anda kenalah datang antara awal dan pertengahan bulan April.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source