Tampil bertudung, Sabronzo Dolla seronok pulang beraya di Kelantan
Gaya pemakaian bagi setiap ahli kumpulan wanita M-Pop popular tanah air, Dolla terutama beragama Islam sentiasa menjadi perhatian dan mangsa kecaman warganet.
Mana tidaknya, penampilan yang digayakan oleh dua orang ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo dan Syasya dikatakan agak keterlaluan jika hendak dibandingkan dengan Tabby dan Angel.
Meskipun mereka berpenampilan begitu, namun masih tetap ingat akan asal usul dan pulang menyambut perayaan seperti dikongsi oleh salah seorang ahli Dolla iaitu Sabronzo.
Menerusi hantaran dikongsikan, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli kelihatan seronok menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga terdekat yang terletak di Negeri Serambi Kaabah iaitu Kelantan.
@sabronzoooo one with my aunt’s and cousins! 🫶🏻✨
Turut kelihatan juga penyanyi berusia 28 tahun itu seronok mengumpul memori sambil menari berlatar belakangkan lagu raya nyanyian kumpulannya, Raya Raya Raya bersama sepupu-sepapat dan ibu saudara.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai di mana mereka yang terdiri di kalangan peminat terkejut sebaik sahaja mengetahui Sabronzo mempunyai pertalian darah ‘Kelantan’.
Ini kerana mereka bertanggapan pelatun lagu Look At This sebenarnya orang bandar berasal dari Kuala Lumpur mahupun luar negara apabila melihat kepada pakaiannya selalu tidak cukup kain.
Selain itu, ada juga berharap agar kumpulan nyanyian dianggotai empat wanita berbakat besar itu dapat membuat persembahan di Kelantan suatu hari nanti.
Terdahulu, Sabronzo pernah menyatakan Dolla Dolla tetap mengimpikan untuk melakukan persembahan di semua negeri di Malaysia termasuklah destinasi yang mendapat jolokan Negeri Serambi Mekah iaitu Kelantan.
Pun begitu, Dolla akui dan sedar bahawa perbezaan budaya, pemikiran atau undang-undang di beberapa tempat atau individu menyukarkan mereka untuk berkarya.
Sekadar info, negeri Kelantan mengekalkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang melarang persembahan oleh wanita di atas pentas, yang ditonton kaum lelaki.
Akan tetapi, pihak kerajaan negeri masih memberikan sokongan dan membenarkan persembahan dilakukakan asalkan ia mematuhi syarat yang ditetapkan.
Sumber: TikTok @sabronzoooo
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source