Ah Moi akan mulakan kerjaya baharu, bakal ‘dilamar’ jadi duta produk
Umum sedia maklum mengenai konflik rumah tangga yang dialami oleh influencer, Shermine Ah Moi bersama bekas suaminya, View Chin sehingga menjadi bualan hangat ramai di media sosial.
Mana tidaknya, Ah Moi telah membongkar satu persatu bukti sikap curang bekas suaminya bersama seorang staf wanita yang dikenali sebagai Mira dengan memaparkan tangkap layar mesej ternyata mengejutkan netizen.
Bukan itu sahaja, Ah Moi mendedahkan dia sudah berpisah dengan View Chin sejak tahun lalu namun, disebabkan mahu menjaga reputasi syarikat, dia terpaksa berlakon menjadi isteri usahawan tersebut di mata khalayak ramai.
Bagaimanpun, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ah Moi di laman Instagram, dia memberitahu akan memulakan kerjaya dimana akan bekerjasama dengan sebuah syarikat produk kecantikan.
“Mulakan kerjaya, bakal menjadi duta pertama,” ujarnya di ruangan kapsyen.
“Kolaborasi yang pertama dengan jenama Afyaa, sebelum ini dah minum produk jenama ini, sekarang bekerjasama lagi seronok. Terima kasih pilih Ah Moi, akan semakin kuat selepas ini,” katanya lagi.
Terdahulu, Mira telah mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan dimana dia memaklumkan hubungannya bersama View Chin mula berputik selepas Ah Moi bercerai dengan suaminya.
Tegasnya, dia tidak mempunyai sebarang kaitan mengenai penceraian yang berlaku dan bukan seperti mana yang didakwa oleh orang ramai sebelum ini.
Sumber: Instagram @Ah Moi
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source