Tidak Senang Duduk Dibuatnya! Filem Seram ‘Evil Dead Rise’ Tuai Pujian, Baru Tersedar Pelakonnya Alyssa Sutherland Adalah Model Berjaya
Kata orang, jika ingin melihat betapa hebatnya skil lakonan seseorang pelakon itu; cubalah lihat sekiranya dia mampu membuatkan korang terlupa rupanya yang sebenar ataupun tidak.
Begitulah persepsi orang ramai yang telahpun berkunjung ke pawagam untuk menonton filem seram sensasi, Evil Dead Rise.
Rata-rata pasti akan memuji jalan ceritanya, dialog ‘one-liner’ yang membuatkan korang tidak bosan menonton dan ‘skala seram’ serta elemen kejutan yang diselitkan.
Paling menonjol mengenai Evil Dead Rise tentunya terarah kepada pelakon utamanya Alyssa Sutherland yang berjaya membawakan watak Ellie dengan cukup bernas.
Nama Alyssa mungkin masih janggal dalam kalangan penonton di Malaysia.
Tidak dinafikan, wanita kelahiran Brisbane, Australia itu masih ‘hijau’ dalam dunia lakonan. Ini kerana Alyssa memulakan langkah awalnya sebagai seorang model yang berjaya.
Kongsinya dalam temubual bersama portal Collider, sejak kecil lagi dia sudah memahatkan impian untuk bergelar pelakon.
Begitupun di Brisbane, tidak ramai sedar bakat luar biasa yang dimilikinya sehinggakan Alyssa merasakan adalah tidak realistik untuk mengejar impian tersebut lalu melupakannya sama sekali.
Hanya apabila dia melanjutkan pengajian di universiti dalam jurusan sains pendidikan, dia dirisik untuk mencuba bidang peragaan fesyen.
“Saya ditemui di pusat membeli belah. Ibu sayalah yang menggalakkan saya untuk menangguhkan pengajian, lebarkan sayap dan mencubanya.”
Rezeki dalam bidang peragaan nyata tertulis buat Alyssa apabila dia memperolehi kontrak bersama Vogue Australia, menjadi penghias wajah majalah Australian Style dan Glamour Italy; malah muncul dalam kempen jenama antarabangsa seperti Bulgari serta Ralph Lauren!
Tidak mustahil korang sendiri pernah melihat wajah Alyssa dalam kempen-kempen tersebut sebelum ini.
Titik tolak kerjaya Alyssa dalam bidang lakonan bermula setelah dia dijemput untuk mengambil bahagian dalam uji bakat sebuah filem bersama pengarah dari Australia, Jocelyn Moorhouse. Biarpun filem tersebut tidak dihasilkan, semangat Alyssa untuk mengejar impian asalnya kembali ‘marak’ dalam dirinya.
Dia mengambil keputusan meninggalkan New York dan berpindah ke Los Angeles sebagai pelakon baharu, bukan lagi sebagai seorang model.
“Jujurnya, saya tak merasakan orang ramai sangsi apabila model bertukar aliran menjadi pelakon. Sudah ramai model yang membuktikan mereka boleh.
“Cuma apa yang mereka sangsi adalah sekiranya seorang wanita yang cantik boleh membawakan watak-watak serius. Sedangkan Hollywood mempunyai Brad Pitt yang cukup kacak dan beliau diberikan peluang membawakan macam-macam watak.
“Oleh sebab itulah, filem Evil Dead Rise merupakan satu hadiah istimewa untuk saya. Saya boleh mengubah pandangan orang ramai mengenai kemampuan model perempuan,” katanya.
Bukan saja watak Ellie yang dimainkan olehnya 180 darjah berbeza daripada dirinya yang sebenar. Ellie juga memaksa Alyssa untuk tidak ‘control cantik’, melepaskan dendam dan amarah serta mencabar dirinya untuk keluar dari zon selesa.
Bagi korang yang belum lagi menonton filem Evil Dead Rise, REMAJA syorkan agar korang menonton dahulu prekuel awal di platform penstriman Netflix sebelum menonton di pawagam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source