Hanya Dengan Jaga ‘Si Manja’, Anda Boleh Jana Pendapatan RM10k Sebulan!
Kucing adalah haiwan peliharaan yang cukup popular kerana sikapnya yang manja dan comel. Maka tak peliklah bagi seorang pencinta kucing, haiwan berkenaan tak lagi diibaratkan sebagai binatang peliharaan, tetapi ia sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan ‘Si Bulus’ Ketika Pulang Beraya, 9 Tip Penting Pemilik Kucing
Sekiranya apa-apa berlaku kepada si comel itu, pasti tuan mereka tak senang duduk. Kebajikan dan keselesaan ‘majikan’ ini harus diutamakan. Namun menjelang hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri pasti akan membawa kegelisahan terhadap pencinta kucing yang harus meninggalkan kucing mereka untuk pulang ke kampung.
Maka tidak hairanlah apabila pekerjaan sebagai ‘pet sitter’ atau pengasuh haiwan peliharaan dari rumah ke rumah kini menjadi kerjaya baharu yang dapat memberikan pendapatan lumayan kepada pencinta haiwan.
Mereka yang menawarkan perkhidmatan mengasuh haiwan peliharaan mampu memperoleh pendapatan sehingga mencecah RM10,000 sebulan! Wowwww…..
Menurut temuduga Harian Metro dengan Sufiah Arshad yang kini aktif sebagai catsitter, beliau tidak menyangka minatnya terhadap kucing bertukar menjadi kerjaya sampingannya sejak kira-kira tiga tahun lalu.
Suri rumah itu berkata, pada mulanya dia membantu menjaga kucing milik jiran yang pergi bercuti dan pulang ke kampung.
“Selepas beberapa kali jadi pet sitter untuk kucing jiran, saya cuba iklankan perkhidmatan di WhatsApp dan tak sangka ramai bertanyakan khidmat berkenaan.
“Sejak itu saya mula aktif penjadi pengasuh haiwan namun saya hadkan lima lawatan setiap hari kerana saya akan mengambil masa kira-kira dua jam untuk menguruskan kucing pemilik,” katanya yang turut mempunyai 40 kucing di rumahnya di Puchong, Selangor.
Dia yang mengenakan caj serendah RM30 bagi setiap lawatan berkata, perkhidmatan diberikan adalah membersihkan sangkar dan najis, memberi makan serta minum selain memastikan kesihatan haiwan itu.
Ditanya sebab pemilik kucing kini lebih cenderung mengupah pengasuh berbanding menghantar haiwan kesayangan mereka ke ‘hotel’, Sufiah berkata, pelbagai isu timbul antaranya kucing sakit selepas diambil semula dan ada juga yang hilang.
Sementara itu, pemilik 16 ekor kucing, Norazura Jamaludin, 41, sudah menggunakan khidmat pengasuh haiwan sejak hampir tiga tahun lalu.
Dia yang menetap di Pasir Gudang, Johor, berkata kos yang lebih murah selain keselesaan haiwan peliharaannya menjadi antara sebab dia memilih mendapatkan pengasuh.
Sufiah (kiri) menawarkan khidmat pengasuh haiwan peliharaan sejak tiga tahun lalu.
“Kucing saya banyak, kalau hantar hotel sudah tentu kosnya tinggi berbanding upah pengasuh cuma kira-kira RM50 sehari. Kucing saya juga lebih bebas berada di rumah daripada terkurung di hotel,” katanya.
Katanya, setakat ini dia tidak berdepan masalah dengan pengasuh haiwan malah lebih tenang ketika bercuti.
Maka bagi anda di luar sana yang ingin cari duit poket lebih, bolehlah cuba dalami kerjaya unik ini. Namun, pastikan anda seorang yang penyabar dan ikhlas menyayangi si manja tau!
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL: Harian Metro
SUMBER FOTO: Harian Metro, Pixlr, Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source