Isu ‘sekolahkan’ pembaca berita, isteri Hattan dedah terima diugut santau & bunuh
Kontroversi melibatkan Datuk Hattan yang menempelak pembaca berita ketika siaran langsung sememangnya mengejutkan ramai lebih-lebih lagi apabila video tersebut tular di media sosial.
Pelbagai kecaman diterima oleh penyanyi era 80an itu apabila dikatakan biadap kerana memalukan pembaca berita ketika siaran langsung.
@salimey1 Interview live di Astro Awani Berita 501 sebentar tadi, Dato Hattan di temuramah oleh Penyampai berita Astro Awani. WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan DH : Lagu² XPDC banyak di tulis….awak tau tak tau dia punya sejarah ni… WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan… DH : U buat kajian ke tak buat kajian ni WAA : heheehhh…silakan Dato.. DH : Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau u tahu… WAA : Saari Amri… DH : Apa la u ni… WAA : Saari Amri Dato…(penuh confidence) DH : Apa ni u panggil orang yang tahu interview saya laa…apa la u..tak buat homework ke interview pasal mael…. WAA : J.S Kevin datooo.. DH : Haaa baru la betul ada lak Saari Amri, Saari Amri Ukays adoii.. Ni la akibatnya bila interview live wartawan tidak melakukan kajian sebelum menemu bual dengan lagenda rock tanahair Dato Hattan. Saari Amri Mael XPDC Official Astro AWANI #maelxpdc #fyp #fypシ #astroawani @datohattan @saariamriofficial @xpdc_official_kitapengyu #fypシ゚viral
Susulan daripada itu, isteri kepada Datuk Hattan, Datin Arianie Abidin telah meluahkan perasaan di Insta Story apabila turut menjadi mangsa kecaman netizen setelah video temu bual suaminya tular.
Datin Arianie turut mendedahkan bahawa dia dan anak mereka, Adam Eiman telah diugut bunuh dan santau disebabkan insiden terbabit.
Ujarnya, dia yang mengelola Instagram suami telah mengunci media sosial penyanyi itu kerana enggan netizen terus menambah dosa. Dia juga mendedahkan bahawa Hattan langsung tidak membaca komen daripada netizen yang begitu lantang mengkritiknya.
Dalam pada itu, dia juga telah memuat naik beberapa tangkapan layar kecaman dan ugutan yang diterima dari netizen kerana tidak berpuas hati dengan Hattan.
Di akhir perkongsian Datin Arianie, dia menyatakan yang dirinya begitu tak sangka ramai yang menegur tentang ‘tindakan biadap’ dengan kata-kata yang biadap juga.
Dia juga menyertakan sekali hashtag #ramaifakeakaun dan juga #bereal merujuk kepada netizen yang meninggalkan ugutan serta makian kepada dia dan keluarga.
Terdahulu, Datuk Hattan telah dikecam hebat kerana dikatakan memalukan pembaca berita sewaktu dihubungi pihak stesen televisyen.
Dalam perbualan tersebut, penyanyi lagu Mahligai Syahdu itu seakan ‘menyekolahkan’ pembaca. berita kerana gagal menjawab soalan berkenaan penulis lirik lagu XPDC dengan tepat dan mematikan panggilan telefon secara serta merta.
Sumber: Instagram @arianie47
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source