Mira dah sedar kesilapan sendiri, bertekad nak jadi manusia lebih baik
Selepas dirinya diherdik, dikecam dan dikritik, pempengaruh media sosial, Amirah Aqilah atau lebih mesra disapa Mira akhirnya tampil bersuara mengenai kontroversi hubungan percintaan bersama majikannya, View Chin.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mira di laman Instagramnya, dia mengakui sejak kebelakangan ini menerima pelbagai kata-kata negatif daripada netizen susulan isu yang berlaku.
Dalam hantaran tersebut, Mira memaklumkan dia kini sedang membetulkan segala kesilapannya dan berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.
“Assalamualaikum semua, ramai yang tanya meera (kau ni tak ada perasaan ke! Kau ni tak tahu malu ke! Kau ni nak play victim ke! Kau ni sundal!) banyak kata kata negative yang meera dapat.
Meera ada silap meera dan meera sedang perbetulkan silap meera, kecaman, hinaan dan cacian. Semua ni sebab atas diri yang pernah buat silap, meera akan berubah untuk yang lebih baik,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, influencer yang berusia 26 tahun itu mendedahkan keadaan mentalnya sudah cukup penat dan memohon kepada orang ramai supaya mendoakannya untuk bangkit semula seperti sebelum ini.
Bahkan, dia turut mendoakan agar urusan netizen sentiasa dipermudahkan dan memperoleh rezeki yang melimpah ruah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.
Mental Meera sangat penat, doakan Meera ok, Meera cuba untuk bangkit balik. Meera doakan semoga urusan korang sentiasa dipermudahkan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah.
Terdahulu, Mira telah menjadi bualan hangat ramai apabila dia dikatakan mempunyai hubungan sulit di tempat kerja sehingga menjadi punca penceraian antara majikan bersama bekas isterinya, Ah Moi.
Sumber: Instagram @Amirah Aqilah
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source