Bukan artis, Sharnaaz Ahmad mahu wanita biasa sebagai kekasih
Pelakon dan pengacara popular, Sharnaaz Ahmad mengaku enggan bakal teman wanitanya terdiri daripada golongan popular seperti dalam kalangan artis mahupun pelakon.
Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata, keputusan tersebut muktamad sekali gus lebih memilih seorang wanita yang sederhana sebagai kekasih hati.
“Teman wanita saya yang seterusnya takkan menjadi seorang artis, pelakon. Noktah. Biar yang sedang-sedang sudah,” tulisnya.
Pelakon berusia 38 tahun itu berkongsi perkara tersebut menerusi dua hantaran di InstaStory pada tengah hari tadi.
‘Terperasan’ konon terdapat individu yang ingin memilikinya, Sharnaaz kemudian menukar panggilan teman wanita kepada isteri supaya lebih sedap untuk didengari.
“Macam lah orang nak kat aku. Okay lah isteri seterusnya. Haa sedap sikit dengar,” katanya.
Bulan lalu, pelakon filem Juvana itu mendedahkan dia sedang berkawan rapat dengan seorang wanita tetapi tidak mahu bercerita lebih lanjut soal kehidupan peribadi.
Untuk rekod, Sharnaaz pernah berkahwin dengan kakak selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017 namun bercerai tiga tahun kemudian.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.
Malah sebelum menamatkan zaman bujang, Sharnaaz dilaporkan pernah bercinta dengan penyanyi Shila Amzah namun hubungan mereka tidak berpanjangan.
Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source