Luluh hati tetamu, pelamin pengantin rosak sebab budak main lari-lari
Perkahwinan merupakan detik bahagia yang paling dinanti-nantikan setiap individu untuk meraikan penyatuan jiwa bersama pasangan.
Disebabkan itulah, perancangan yang rapi sudah semestinya perlu dilakukan agar majlis perkahwinan berjalan lancar, sempurna dan tentunya menjadi kenangan paling manis untuk dikenang.
Bagaimanpun, berlainan pula dengan pasangan mempelai ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, pelamin pengantin telah rosak gara-gara aktiviti kanak-kanak yang tidak dipantau oleh ibu bapa mereka.
@fitrinruslee Mak Ayah yg bawa anak2 datang kenduri kawin tolong awasi anak2 masing2 ya. kesian kat pengantin sewa pelamin mahal2 roboh sebab budak2 main kejar2 kt atas tu #fyp #fypシ #photographerperak #fitrinruslee
Dalam perkongsian tersebut, kelihatan pengantin lelaki dan beberapa individu yang lain sedang cuba membaiki semula bahagian pelamin yang jatuh di atas pentas.
“Mak Ayah yang bawa anak-anak datang kenduri kahwin tolong awasi anak-anak ya. Kesian kat pengantin sewa pelamin mahal-mahal roboh sebab budak-budak main kejar-kejar kt atas tu,” ujar pemilik video di ruangan kapsyen.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa kepada pengantin tersebut pada hari bahagia mereka.
Bukan itu sahaja, netizen sempat menitipkan nasihat kepada orang di luar sana terutamanya golongan ibu bapa supaya sentiasa memantau anak ketika menghadiri apa-apa jenis majlis.
Sumber: TikTok @fitrinruslee
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source