Tak timbul isu DAP, PKR dominasi kerusi, kata Anwar
Anwar Ibrahim berkata parti dalam gabungan kerajaan perpaduan juga terbuka dengan penguasaan mana-mana parti di negeri tertentu.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata tidak timbul isu dominasi kerusi oleh DAP dan PKR di Pulau Pinang dan Selangor dalam rundingan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Katanya, parti dalam gabungan kerajaan perpaduan terbuka menerima sekiranya Umno dan Pakatan Harapan (PH) menguasai majoriti kerusi ditandingi di negeri tertentu.
Tambahnya, kepimpinan pusat juga akan menyerahkan kepada kepimpinan negeri untuk memilih calon yang akan bertanding pada PRN nanti.
“Macam beberapa negeri dipimpin Umno kita terima (pembahagian kerusi dan calon), negeri lain yang dipimpin PH juga terima. Saya ingat itu bukan isu dipertikai. Pembahagian juga akan diputuskan dalam masa terdekat.
“Saya serah kepada kebijaksanaan pimpinan di negeri yang harus mulakan secara lebih kemas dan kemuka kepada pimpinan pusat (pembahagian kerusi),” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Utama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembahagian kerusi dalam kerajaan perpaduan terutama di negeri yang dikuasai DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor.
Anwar berkata, walaupun PRN enam negeri banyak melibatkan Barisan Nasional dan PH tetapi, parti lain yang ada cawangan di Semenanjung turut diundang.
“Pimpinan parti lain yang tak bertanding akan terus bagi kerjasama dan sokongan untuk menunjukkan kesepaduan dalam kerajaan perpaduan.
“Rundingan diteruskan dan dalam masa terdekat mungkin wakil PH, BN akan memutuskan beberapa perkara berkait pembahagian kerusi, calon dan strategi kempen,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source