Enggan panjangkan isu rumah tangga, Zulin Aziz kunci mulut asbab pergaduhan
Pelakon jelita, Zulin Aziz tidak mahu memanjangkan isu rumah tangga yang berlaku bersama suaminya, baru-baru ini.
Menurut laporan Gempak, Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz memilih untuk mengunci mulut daripada mendedahkan asbab pergaduhan demi menjaga privasi serta menghormati keluarganya.
“Doakan yang baik-baik, hubungan kami semakin rapat selepas apa yang berlaku. Lebih baik untuk saya tidak memanjangkan isu ini.
“Orang boleh buat spekulasi apa yang berlaku, tetapi hanya kami berdua saja tahu puncanya. Lagi kita bercakap, lagi banyak perkara tak baik keluar daripada mulut orang.
“Itu adat dalam rumah tangga, tah lagi kami baru setahun dalam perkahwinan. Kadang-kadang perkara kecil pun boleh jadi punca. Apa-apa pun kami berdua berdoa semakin matang,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, aktres yang berusia 34 tahun itu memaklumkan kejadian yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri malah ia membuatkan dia dan suami menjadi lebih matang dalam mahligai yang dibina.
Terdahulu, Zulin menjadi bualan hangat netizen apabila dia memuat naik sebuah hantaran yang seakan memberi bayangan sudah berpisah dengan suaminya.
Bagaimanapun, dia meluahkan rasa syukur apabila hubungan mereka sudah kembali baik seperti sedia kala dan mahu memberi peluang untuk diri masing-masing menjadi pasangan yang lebih baik.
Sumber: Gempak (Mya Amri)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source