Kerajaan ‘lepaskan’ DNB selepas capai liputan 80%
Perkhidmatan 5G akan disediakan dua entiti swasta dengan satu daripadanya mengambil alih Digital Nasional Bhd kata Ketua Pegawai Operasi SKMM Ali Hanafiah Mohd Yunus.
PETALING JAYA: Entiti swasta akan mengambil alih Digital Nasional Berhad milik kerajaan sebaik syarikat bertujuan khas kementerian kewangan itu mencapai 80% daripada liputan rangkaian 5G.
Penyediaan perkhidmatan 5G kemudian akan diletakkan di bawah dua entiti swasta, kata Ali Hanafiah Mohd Yunus, ketua pegawai operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
“Entiti A akan mengambil alih DNB, dengan meneruskan operasi dan pelaksanaan. Entiti B akan bermula dari asas,” katanya dalam wawancara bersama Bernama TV. Katanya kakitangan DNB akan kekal bersama Entiti A.
“Apabila Entiti A mengambil alih DNB, kerajaan akan menarik semua pemilikan. Ia akan menjadi entiti swasta. Ia tidak lagi milik kerajaan.”
Minggu lalu, Putrajaya menyetujui penyedia perkhidmatan 5G kedua dengan peralihan kepada model dwirangkaian bermula dalam Fasa 2 pelancaran rangkaian 5G.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ini hanya akan berlaku selepas DNB mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk.
Ali Hanafiah berkata kerajaan akan memastikan kesamarataan apabila perkhidmatan 5G disediakan dua entiti itu.
Syarat akan ditetapkan bagi memastikan kedua-dua entiti menyediakan perkhidmatan internet pada kelajuan dan harga sama.
“Jika Entiti A mengambil alih caj DNB sebanyak RM13 untuk 1GB data, Entiti B akan mengenakan kadar sama. Tetapi jika Entiti B menawarkan sesuatu yang lebih murah, itu terpulang kepada mereka.
“Dari segi kualiti perkhidmatan dan pengalaman, apa yang disyaratkan pada Entiti A akan dikenakan pada Entiti B pada masa sama. Jadi akan ada ‘equal playing field’,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source