Bali atau turut dikenali sebagai pulau Dewata memang cantik dan menarik untuk dikunjungi. Kaya dengan tarikan alam semulajadi disamping adat dan budaya masyarakat penduduk di sana yang unik, kunjungan Mohd Hafiz dan rakannya ke sana juga memperlihatkan beberapa aktiviti yang seronok untuk dilakukan di pulau tersebut.
Lengkap berkongsi bajet dan juga maklumat lain buat yang ingin bercuti sepertinya, Mohd Hafiz sempat bermain ATV ride, tour ke Nusa Penida dan juga menaiki jeep ke kaki gunung Batur untuk melihat sendiri matahari terbit di Bali.
Menurut Mohd Hafiz, bajet yang diperlukan juga tidak terlalu besar dan jika tidak termasuk ke beach club dalam RM2 ribu sudah memadai. Bagi yang ingin merasai sendiri percutian seperti Mohd Hafiz dan rakannnya, ikuti perkongsian ini!
Bali – Nusa Penida Trip March 2023
Alhamdulilah selamat kembali ke tanah air selepas seminggu disana. (Culture,Adventure,Leisure)
Flight Airasia Return RM689
Hotel RM518pp
Supir Pak Yanto RM173pp 6 Hari (Harga dikira sebiji kenderaan)
ATV Ride + Nusa Penida Day Tour + Jeep Sunrise Trip = RM548
Jika tanpa Beach club bajet dalam RM2k all in
Recommend
Pak Yanto +62 817556488
Abang Rahull +62 87862981777
Hari pertama
Dari Larkin Johor naik night bus YOYO ke Klia2, sampai pada jam 4.30 pagi. Berlepas ke dari klia2 pada jam 10.00am dan tiba di Denpansar Aiport pada jam 1.00pm. Pihak Airasia cuma check Vaccination cert sahaja, bole tunjuk dari MySejahtera. Sampai Airport Denpansar tiada check dari pihak sana.
Supir Abang Rahull sudah tunggu di luar airport dgn pelekat nama remark YTO Bali Tour. Kami dibawa makan tengahari di Ayam Tulang Lunak. Kami pula ke Uluwatu Temple di Uluwatu bagi mengejar sunrise, bagi yang muka melayu tu boleh Abang Rahull cuba try dapatkan harga local Rp30k entrance fee serta kalau nak watch Kecak Dance tambahan Rp150k. Kecak Dance ada dua waktu 6-7pm dan 7-8pm. Sila berhati2 kerana banyak monyet liar.
Setelah itu,kami baru check in hotel di Seminyak, perjalanan hampir 2 jam dari Uluwatu ke Seminyak.
Hari kedua
Kami bangun jam 2am bagi trip menaiki Jeep Sunrise di Gunung Kitamani. Abang Rahull ambil dan perjalanan hampir 2jam ke gunung. Disarankan pakai pakaian tebal dan panjang kerana angin pagi yang sangat sejuk. Kami sampai dipuncak gunung pada jam 5.30am. View sepanjang perjalanan sangat menakjubkan dan priceless. Lalu ditepian kebun dan sawah padi. Yang paling best, trip dengan Abg Rahull parking Jeep di paling atas gunung dari company lain.
Kami disediakan breakfast ala kampung (Pisang/roti/telur rebus/Oreo cookies serta air kopi/teh) sambil menikmati keindahan alam.
Setelah selesai jam 8am, kami dibawa ke tapak Lava Volcano Gunung Berapi Batur. Gunung berapi yang masih aktif dan lava yang telah menjadi batu hitam. Sebolehnya pakai kasut sbb batu yg tajam. Selesai bergambar, kami pulang ke tapak parking kereta supir dan meneruskan perjalanan untuk makan tengahari. Selepas itu kami memilih untuk free and easy di area ubud traditional market dan pulang ke hotel di Seminyak.
Hari ketiga
Kami mulakan lewat bermain ATV di Ubud, peserta diberi penerangan untuk mengendali dan trial berjalan di sekitar sawah padi. Selepas itu, kita akan mula memasuki gua yg gelap dan berair, turun naik bukit serta meredahi air terjun. Setelah 2jam kami pulang ke base ATV untuk mandi dan diberikan makanan tengahari secara percuma. Sila bawa baju untuk tukar dan kamera adalah tanggungjWab anda sendiri. Kalau ingin mereka ambilkan ada tambahan bayaran oleh pihak ATV.
Hari keempat
Bukan Bali kalau tidak ke Beach Club yang mewah di sana, hari ini hanya untuk berehat dan santai kami mulakan ke Finns Beach Club Bali. Makan, relax, bergambar dan mandi sehingga petang dan kami meneruskan ke beach club di W Hotel Seminyak Bali bagi santai melihat sunset sehingga malam.
Hari kelima
Kami plan ke Nusa Penida day trip, Supir Abang Rahull pick-up jam 7.30am di Hotel Seminyak dan ke pelabuhan Serangan menaiki speed boat ke Nusa Penida. Ada dua pilihan, sama ada menaiki di Pelabuhan Sanur atau Pelabuhan Serangan. Kalau ingin menggunakan Pelabuhan Sanur harga sedikit murah tapi anda mungkin akan basah seperti saya pernah alami sebelum ini, jadi kami memilih untuk tidak mengharungi air sebelum menaiki boat.
Perjalanan ke Nusa Penida selama 1jam dan kami disambut oleh Supir Abang Kadek di sana. Kami meneruskan ke Broken Beach dan Angel Billabong bergambar. Setelah itu, kami dibawa bagi makan tengahari (free) dan meneruskan perjalanan ke Kelingking Beach.
Alhamdulilah, cuaca yg cerah. Kebanyak orang kita hanya bergambar di atas sahaja. Jadi Supir Abang Kadek beri tahu kita ada masa sampai sebelum 4.30pm sebelum berlepas semula ke Pulau Bali. Kami ambil peluang untuk merasai kecuraman dan adventure turun ke lantai Kelingking Beach, anda diminta berhati2 kerana batu yang tajam. Setelah 40min sehala ke bawah kami rehat dan bergambar.
Anda dinasihatkan memakai kasut serta membawa air mineral. Seletah pulang dari Nusa Penida, kami disambut semula oleh Supir Abang Rahull dan dibawa makan malam di Jimbaran Beach. Ada lebih 60 buah restoran makan seafood yang sedap.
Esoknya. kami pulang ke tanah air Malaysia Ku. Alhamdulilah semua berjalan lancar dan tiada kelukaan dialami. Supir yang bagus buat nk datang lagi. Korang boleh contact supir ini atau Pak Yanto sendiri, sbb Abang Rahull ni sepupu Pak Yanto dan semestinya Muslim. Paling murah compare dari company lain.
Terima kasih. Semoga bermanfaat.
Kredit: Mohd Hafiz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source