“Dari Dulu, Mama Tempat Saya Mengadu..” Bella Astillah Hargai Kasih Ibu Dengan Koleksi Pandora
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita semua meraikan Hari Ibu mengikut cara istimewa masing-masing pada 16 Mei ini. Begitupun, momen yang membuatkan kita menghargai ibu tercinta ini tidaklah seharusnya terangkum dalam satu hari sahaja.
Setiap hari wajar menjadi sambutan Hari Ibu untuk menghargai pengorbanan mereka yang tidak terbalas dengan wang Ringgit; seperti yang dilakukan oleh penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bersama-sama jenama aksesori popular, Pandora baru-baru ini.
“Ramai yang tahu Bella memang rapat dengan Mama. Jadi kali Bella rasakan koleksi Pandora sempena Hari Ibu tahun ini amat-amat bermakna kerana ia bukan sahaja cantik. Tetapi ia juga menceritakan mengenai hubungan akrab antara anak perempuan dengan ibunya.
“Jadi ia membuatkan Bella appreciate sangat koleksi kali ini,” katanya sewaktu ditemui di sebuah acara pengenalan koleksi Pandora Mother’s Day 2023. Menerusi video yang dirakam khas bersama Bella, bekas peserta Famili Duo musim kedua itu bercakap mengenai bagaimana ibunya, Eina Asitillah sentiasa mempengaruhinya secara positif dari kecil hinggalah sudah bergelar ibu kepada Ayden Adrean.
“Sukar untuk saya jelaskan (hubungannya dengan ibu) dalam perkataan. Cuma apa yang saya boleh kongsikan, hubungan kami memang terlalu rapat. Dari kecil sehingga Bella ada anak, hubungan kami kekal sama.”
“Bella percaya masa itu emas. Jadi selagi ada masa, Bella ingin luangkannya bersama Mama.”
“Bagi Bella, ibu adalah segala-galanya untuk diri saya dan keluarga. Apa yang Mama telah korbankan untuk kami selama ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Jadi Bella sangat-sangat hargai ibu sendiri,” tambahnya.
Peminat PANDORA serba mengetahui tentang betapa istimewanya koleksi Hari Ibunya pada setiap tahun sehinggakan ramai ternanti-nanti rekaan bagaimanakah yang akan ditawarkan oleh PANDORA.
Khas untuk 2023, PANDORA lebih banyak mengenengahkan tentang keakraban hubungan antara ibu dan anak perempuannya. Biarpun ada dalam kalangan kita yang telahpun kehilangan ibu sebelum ini, itu tidak bermakna hubungan dengan ibu terlerai begitu sahaja.
Koleksi PANDORA ini nyata memperingati setiap momen suka mahupun duka yang dikongsi bersama anak beranak itu tidak kiralah di antara nenek, ibu, anak lelaki, anak perempuan dan seterusnya.
“Sebagai seorang anak perempuan, banyak sebenarnya perkara yang Bella mengadu kepadanya.
“Bukan saja perkara-perkara sedih, yang gembira juga saya kongsi dengan Mama. Jadi Bella amat hargai mana-mana momen bersamanya.
“Sebagai seorang ibu, Bella pun sentiasa ingin lakukan yang terbaik kepada anak sendiri sebagaimana Mama Bella telah lakukan untuk semua,” simpul Bella.
Persoalannya, semua aksesori PANDORA kali ini cantik-cantik belaka! Tak tahulah nak pilih yang mana. Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source