Anak sulung patah tangan, Rita Rudaini minta netizen henti seru nama ‘si polan’
Pelakon popular Rita Rudaini memaklumkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin patah sebelah tangan dalam insiden yang berlaku minggu lalu sebelum menerima rawatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan.
Menurut Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, anaknya yang berusia 14 tahun itu mengalami kecederaan pada hari pertama persekolahan sebaik selesai cuti Hari Raya.
“Kejadian minggu lepas… hari pertama sekolah. Selepas cuti hari raya, Isnin hantar sekolah, Selasa dah patah tangan. Terima kasih pada mereka yang mendoakan Ryan dan Hospitak Tampin,” tulis Rita menerusi satu perkongsian di laman Instagram semalam.
Walau bagaimanapun, pelakon berusia 47 tahun itu belum mendedahkan punca insiden berkenaan tetapi mengakui Rayyan seolah-olah mengalami gangguan emosi disebabkan keadaan fizikal yang membataskan pergerakannya.
Ryan kadang-kadang down, emosi tak tentu juga. Kadang dia okey banyak cakap, kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah tangan je boleh guna, susah untuk dia bergerak.
“Insya-Allah, mommy selalu doa semoga dipermudahkan. Nanti saya kongsi sebab apa (punca),” katanya dalam sebuah lagi video berbeza hari ini.
Dua rakaman tersebut antaranya memaparkan momen remaja itu terlantar di atas katil wad selain diusung oleh kakitangan hospital untuk dibawa masuk ke bilik pembedahan.
Sementara itu, Rita turut memohon orang ramai berhenti mengaitkan ‘si polan’ dipercayai merujuk kepada bekas suaminya dalam sebarang situasi membabitkan kehidupannya.
“Sikit-sikit nak tag si ‘arwah’… sikit-sikit nak tanya ’si polan’ tak datang tengok ke?’. Adoi sudah-sudah la tu, korang pun. Kenapa? Sebelum ini pernah nampak arwah berjasa atau buat apa-apa jasa ke untuk diorang?
“Tak ada kan… 14 tahun dah, dah berbulu, dah berjanggut. Jadi, tak payah la no… nak bersua pun nantilah bersua di akhirat. Itu pun kalau dapat cari la. Kami dah cukup bahagia dan tenang sekarang,” luahnya melalui satu hantaran di InstaStory semalam.
Terdahulu, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bolak sepak Aidil Zafuan pada 2008, namun bercerai pada 2013.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 12 tahun.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source