Baby Shima nasihat kalau haram jangan datang
Sejak berita mengenai sebuah konsert kumpulan muzik tersohor dunia, Coldplay bakal diadakan di Malaysia, terdapat segelintir pihak ‘panas hati’ dan tidak sebulu menyambut kehadiran mereka.
Ini termasuklah pendakwah bebas PU Syed yang membantah penganjuran konsert Coldplay yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November depan.
Pun begitu, lain pula pandangan daripada penyanyi dangdut sensasi Baby Shima mengatakan individu yang merasakan konsert tersebut adalah ‘haram’ dan tidak wajar untuk datang pada hari kejadian.
“Konsert kat Malaysia tak ada masalah pun. Siapa nak tengok, pergi tengok.
“Siapa yang kata haram, jangan datang. Duduk rumah, duduk surau,”ujarnya.
Pemilik nama Nor Ashima Ramli berkata, tiada masalah sekiranya Malaysia mahu mengadakan konsert memandangkan hidup ini mempunyai pilihan.
“Apalah susah sangat, hidup itu pilihan,”ujarnya lagi.
Sementara itu, Baby Shima turut mempersoalkan ‘suara lantang’ PU Syed yang sering membuat bantahan mengenai artis luar yang bakal mengadakan konsert di Malaysia.
Sebelum ini, PU Syed membantah konsert Coldplay yang bakal diadakan di Malaysia selain mempertikai tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengalukan kedatangan kumpulan tersebut.
Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, budaya hedonisme atau hiburan melampau dalam kalangan masyarakat sepatutnya dihentikan selain menyifatkan ia tidak mendatangkan maanfaat kepada agama serta bangsa.
Sumber: Instagram @babyshimaofficial
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source