“Saya risau kamu tak faham, tapi bicara bab agama”
Kenyataan penyanyi sensasi, Baby Shima berhubung penganjuran konsert di Malaysia mendapat maklum balas daripada pendakwah bebas, PU Syed.
Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, dia bimbang apabila penyanyi dangdut itu seolah-olah mengeluarkan fatwa sendiri sedangkan halal dan haram sudah dijelaskan dalam agama Islam.
“Bila penyanyi ini keluarkan fatwa. Senang sungguh jari-jemari kamu menaip pandangan songsang begini ya? Saya risau kamu tak faham agama, tapi bicara bab agama tentang halal dan haram akan terjerumus dalam golongan Ruwaibidhah.
“Bukankah halal dan haram itu jelas dalam agama? Hukum menyanyi, hukum konsert telah dibahaskan ulama. Jika jaga adab dan patuh syariat, silakan. Tapi jika sebaliknya, hentikan!” tulisnya.
Syed berkata demikian melalui sebuah hantaran dengan memuat naik salah satu tangkap layar kenyataan penyanyi tersebut di laman Instagram, semalam.
Menerusi kenyataan terbabit, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli menyatakan bahawa tiada masalah sekiranya konsert diadakan di Malaysia kerana orang ramai mempunyai pilihan sama ada untuk hadir atau sebaliknya.
“Konsert di Malaysia tak ada masalah pun. Siapa nak tengok pergi tengok. Siapa yang kata haram jangan datang. Duduk rumah, duduk surau. Apalah susah sangat, hidup itu pilihan,” kata Baby Shima menerusi InstaStory.
Terdahulu, Syed membantah penganjuran konsert kumpulan rock popular Britain, Coldplay yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November depan.
Sumber: Instagram PU Syed
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source