Perak teliti semula larangan guna beg plastik, polistirena
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Ng Shy Ching berkata kerajaan negeri masih belum mempunyai dasar bagi pelaksanaannya.
BATU GAJAH: Kerajaan Perak sedang meneliti dan menyemak semula polisi larangan penggunaan beg plastik dan polistirena di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching.
Beliau berkata perkara itu sebelum ini turut dibangkitkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri, namun kerajaan negeri masih belum mempunyai dasar bagi pelaksanaannya.
Menurut Ng bagi merealisasikan perkara itu, pihaknya akan bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim agar satu dasar dapat dirangka selari dengan hasrat kerajaan Persekutuan yang menyasarkan sifar penggunaan beg plastik menjelang 2025.
“Kita nak tetapkan dasar memang mudah, namun paling penting pelaksanaannya untuk kita pastikan agensi kerajaan dan orang awam dapat menerima selain bersedia dengan pelaksanaan tersebut,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Eco Green Market anjuran Majlis Daerah Batu Gajah di Pasar Awam Batu Gajah di sini hari ini.
Ng berkata kajian yang dilaksanakan itu juga meliputi kaedah pelaksanaan dilakukan di negara-negara yang menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik dan polistirena supaya dapat mewujudkan ruang alternatif lain untuk rakyat khususnya mereka dalam sektor perniagaan melibatkan peniaga.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan hasrat kerajaan negeri sama ada untuk meneruskan semula pelaksanaan larangan penggunaan beg plastik dan polistirena yang telah tertangguh pada 2017.
Media melaporkan Perak sebelum ini pernah mengumumkan larangan penggunaan dua bahan itu mulai Jun 2017, namun ia ditangguhkan bagi membolehkan kajian menyeluruh dijalankan terhadap pelaksanaannya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source