Michael Ang ulas Sajat jadi ‘showgirl’ -“Kerja tu lagi bagus daripada scammer..”
Pengarah drama terkenal, Michael Ang seringkali tampil meluahkan pandangan mengenai sesuatu isu ‘panas’ yang menjadi bualan ramai di media sosial.
Terbaharu, pemilik nama Michael Ang Hai Swee berkata dia tidaklah menyokong tindakan usahawan sensasi Nur Sajat yang kini menjadi ‘showgirl‘ di sebuah hotel di Australia sehingga dikatakan memalukan nama negara Malaysia.
Sebaliknya, ia bukanlah sesuatu pekerjaan yang haram dan memalukan Malaysia selagi tidak melibatkan penipuan yang melibatkan orang ramai.
“Seriously, satu Malaysia cakap Sajat jadi showgirl tu haram dan memalukan Malaysia.
“Awak semua, saya rasa untuk sesuap nasi, dia (Sajat) buat kerja tu lagi bagus daripada orang yang scammer, menipu, makan rasuah, makan duit rakyat atau jual produk haprak! Saya rasa ini lagi haram dan memalukan.”luahnya.
Tambah Michael, sekurang-kurangnya Sajat sedia maklum akan kemampuan diri sendiri tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan kepada orang lain ketika mencari rezeki demi kelangsungan hidupnya di sana.
Tegas pengarah berusia 47 tahun, dia bukanlah mahu menyokong tindakan Sajat itu, sebaliknya dirinya sudah cukup muak dengan perangai netizen Malaysia.
“Bukan menyokong tapi bosan dengan netizen Malaysia ni. Macam merekalah orang yang terbaik dalam dunia ini.
“Cuba kau pergi tengok cermin, macam kau orang (netizen) tak pernah buat dosa. Phuiii!!!!”tulisnya lagi dalam satu hantaran di laman Instagram.
Sedar dirinya menerima banyak kecaman, Michael bagaimanapun tidak mudah melatah sebaliknya memuat naik sebuah video bagi membidas semula dakwaan warganat berhubung kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
“Kepada mereka (yang kecam) cakap aku (Michael Ang) tak tahu agama la, baik aku jangan jadi Islam lah, haram tetap haram.
“Saya tak rasa saya cakap apa yang dilakukan oleh Sajat adalah betul. Saya cuma cakap terpulanglah, itu antara dia dan Allah, dia dengan Tuhan dia. Ia hanya melibatkan dia dan Tuhan, tiada kena mengena dengan kita.
“Showgirl itu menari, miming, nyanyi je, bukannya dia telanjang.. tapi kalau awak nak cakap menari atas pentas itu haram, maknanya penari-penari di televisyen itu semua haramlah.
“Bangang, bodoh punya netizen. Pakailah otak sikit sebelum kau nak cakap pasal keimanan orang atau pengetahuan agama seseorang. Phuiii punya manusia, acah-acah alim sedangkan diri itu entah tunggang atau terbalik,”bidas Michael.
Terdahulu, Sajat menerima banyak kecaman ramai apabila dia berkongsi sebuah video menjadi ‘showgirl’ di Newtown Hotel, Australia.
Bagaimanapun, ada juga warganet menyokong tindakan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman selain memuji tariannya.
Sumber: Instagram @michaelang38, @nursajatkamaruzzaman
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source