Kontrak Azam dilanjut demi elak dakwaan campur tangan PH, kata penganalisis
Awang Azman Pawi berkata, apabila kerajaan terdahulu menukar ketua SPRM selepas berkuasa, pertukaran itu tidak diterima dengan baik.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata, kerajaan perpaduan mungkin melanjutkan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki bagi mengelakkan dakwaan Pakatan Harapan (PH) cuba meletakkan orang sendiri dalam agensi antirasuah itu.
Saintis politik dari Universiti Malaya, Awang Azman Pawi memberitahu FMT, apabila kerajaan terdahulu menukar ketua SPRM selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara, keputusan itu tidak diterima dengan baik.
“Ia tidak akan memberi kesan baik terhadap imej kerajaan, seperti yang dilihat dalam kes pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua SPRM oleh Dr Mahathir Mohamad,” katanya merujuk kritikan selepas Latheefa dilantik pada 2019 kerana beliau sudah lama bersama PKR.
“Perlu diingat bahawa kerajaan sekarang bukanlah kerajaan PH, sebaliknya kerajaan campuran terdiri daripada pelbagai blok politik. Jadi, sebarang tindakan diambil memerlukan kata sepakat.”
Beliau berkata, kerajaan perpaduan juga boleh menggunakan peluang ini untuk menekankan ia tidak berat sebelah memandangkan Azam dilantik pentadbiran terdahulu.
“Penting untuk menunjukkan SPRM agensi bebas, jujur dan telus, tidak kira siapa perdana menteri dan kerajaan yang memerintah.”
Khamis lalu, Muda Selangor menyatakan ironi lanjutan tempoh perkhidmatan Azam apabila pemimpin PH menyertai perhimpunan #TangkapAzamBaki pada Januari tahun lalu susulan kontroversi pemilikan saham Azam bernilai jutaan ringgit.
Rabu lalu, kerajaan mengumumkan tempoh perkhidmatan Azam dilanjutkan setahun. Kontraknya sepatutnya tamat 12 Mei lalu.
Beliau dilantik ketua pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 susulan peletakan jawatan Latheefa selepas kejatuhan kerajaan PH.
Sementara itu, Wong Chin Huat dari Universiti Sunway percaya terlalu awal untuk melabel PH “hipokrit” kerana ia akan bergantung kepada kemajuan kerajaan perpaduan melakukan pembaharuan dalam SPRM sepanjang tahun depan.
“Adakah SPRM akan kekal di bawah kawalan perdana menteri dan adakah Azam akan diberi lanjutan selepas Mei depan?
“Atau adakah SPRM akan diletakkan di bawah Parlimen supaya ketua SPRM seterusnya – sama ada orang baharu atau Azam – perlu ditapis jawatankuasa Parlimen berbilang parti,” soalnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source