Tayang bulu dada & ketiak, Naufal Azrin anggap cuma ‘metafora’ persembahan
Persembahan bekas penyanyi nasyid, Naufal Azrin setiap minggu di pentas Big Stage nampaknya mendapat sorotan ramai.
Mana tidaknya, dia dikatakan semakin ‘berani’ dengan fesyen agak menarik perhatian apabila tampil menayang bulu dada pada minggu pertama dan menunjukkan ketiak pada minggu kedua.
Memetik laporan dari Astro Gempak, Naufal ketika ditemui menyatakan tindakan mengoyakkan baju ketika persembahan minggu kedua hingga memperlihatkan ketiaknya bukanlah gimik, tetapi ‘metafora’ dalam persembahan.
Dia yang menyampai lagu Generasi dari OAG mengatakan yang konsep persembahan itu dibuat bagi menunjukkan metafora generasinya.
“Ini hanyalah konsep persembahan, itu menunjukkan metafora untuk generasi saya. Itu yang saya cuba nak sampaikan.
“Ini bukan gimik, memang dah plan jadikan konsep persembahan macam itu,” jelasnya.
Naufal menjelaskannya yang dia akan menjaga batas dan sama sekali tidak akan memperjudikan maruah semata-mata demi kreativiti.
Dia juga menegaskan bahawa sebagai seorang penyanyi, dia perlu mencuba lebih banyak genre dan memang minatnya untuk meneroka perkara tersebut.
“Saya di luar tak ada pun begitu (tayang badan). Hanya untuk memenuhi konsep dan kreativiti pertandingan.
“Had saya (tunjuk anggota badan) adalah selagi saya menutup aurat, saya tahu batas aurat di mana. Saya masih tak buka (aurat) dan tak rasa nak buka aurat. Saya masih lagi diri saya.
“Tentang isu buka dada minggu lepas, saya tak baca komen sangat, saya terima saja. Tak ada apa-apa perlu diulas, saya hanya buat persembahan saya sahaja.
“Mungkin yang bercakap tu tak kenal saya lagi? Apa kata lepak dulu dengan saya. Saya penyanyi, kena cuba pelbagai genre dan saya seorang yang gemar untuk meneroka,” tambahnya.
Dia yang berada di kedudukan ketiga terendah pada minggu ini menyatakan yang mulai tersedar dan akan sedaya upaya memperbaiki persembahan memandangkan dia mengakui sedikit gementar sewaktu berada di pentas.
Tambahnya, isu mengoyak baju sehingga memperlihatkan lengan dan ketiak tidak langsung menganggunya memandangkan ketika rehersal ia berjalan dengan lancar.
“Saya rasa sebenarnya perlu juga jadi macam ni, kalau tak rasa kita tak ada rasa nak memperbaiki diri. Saya bersyukur pada masa sama saya perlu berhati-hati lagi dalam membuat persembahan.
“Untuk minggu hadapan kena buat lebih baik. Mungkin saya nervous sedikit dan pada masa sama saya pun tak tahu apa yang jadi ketika membuat persembahan. “Hal koyak lengan baju itu tak mengganggu pun, masa rehersal tak ada masalah,” tambahnya.
Untuk minggu kedua, Naufal Azrin atau nama sebenarnya Ahmad Naufal Azrin, 24 hampir sahaja tersingkir namun diselamatkan oleh juri tetap.
Peserta pertama yang mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Big Stage 5 adalah Isaac Voo.
Big Stage musim ke-5 telah dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose dan ditayangkan secara langsung di Astro Ria jam 9 malam setiap hari Ahad.
Sumber: Astro Gempak (Amri Hassan)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source