Mee Rebus Versi Baby, Boleh Bagi Seawal 9 Bulan. Boleh Dijamu Seisi Keluarga Juga!
Siapa kata mi rebus hanya ada untuk orang dewasa sahaja? Mi rebus untuk baby pun ada tau! Bahan yang digunakan lebih sihat dan sesuai dengan tubuh badan baby untuk meresap nutrien yang ada.
Bahan yang digunakan tidak sebanyak dan sesulit seperti mi rebus biasa. Mudah untuk didapati juga bahan- bahannya serta murah. Mi rebus ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada anak-anak pada waktu makan tengahari. Pada waktu malam juga boleh tapi dalam kuantiti sedikit untuk elak anak terlalu kenyang pada waktu malam.
Jom lihat resipi mi rebus versi baby yang dikongsikan. resipi mi rebus ini dikongsikan oleh Rina Azrina di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESEPI MI REBUS VERSI BABY
Baby pun nak makan sedap kan.
Nah Rina sharekan resipi sikit.
Mi rebus versi baby.
Bahan- bahan:
– Kentang – rebus dulu
– Carrot
– Kurma
– Bawang merah
– Bawang putih
– Halia
Cara- cara:
1. Kisar semua bahan dan tumiskan.
2. Masukkan ayam dan serbuk kari (jadikan pes)
3. Bila dah mendidih dan pecah minyak sikit, masukkan mirepoix.
4. Dah pekat dan cun semya, masukkan sawi. Siap. Boleh juga dihidangkan dengan telur rebus. Mama tak letak sebab pagi tadi Haifa dah makan telur hancur.
Baca Juga:
Salmon Sos Asam Jawa, Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang!
Pancake Dragon, Sedap Berkhasiat. Boleh Dijadikan Breakfast Anak!
Ikan Haruan Tumbuk, Baik Untuk Ibu Berpantang. Membantu Menyembuhkan Luka!
Mudah sahaja resepi mi rebus versi baby ni. Yang bestnya, ibu boleh buat lebih untuk makan bersama ahli keluarga yang lain. Pasti anak makan dengan berselera mi rebus ni. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source