Good Virtues Co. bersama UiTM, bimbing usahawan muda ke dunia sebenar
Baru-baru ini, jenama penjagaan peribadi halal terkemuka, Good Virtues Co. bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menjalankan program Do Good Challenge bagi memperkasakan belia Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran usahawan dunia sebenar.
Bertemakan ‘In Doing Good, We Believe That Good is Returned’, peserta yang menyertai program ini digalakkan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan pada masa yang sama bersaing dalam merebut peluang hadiah utama, RM30,000.
Pertandingan yang meraih lebih 7,000 penyertaan yang dijalankan di 30 kampus UiTM ini memberi peluang kepada pelajar bagi mempraktikkan apa yang dipelajari di kelas ke situasi dunia sebenar yang juga meningkatkan tanggungjawab sivik mereka.
Penyertaan Do Good Challenge ini juga akan menyumbang kepada jumlah kredit dalam program SULAM dimana program ini sebahagian dari kurikulum yang diluluskan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Program ini merupakan salah satu usaha bagi menghasilkan graduan yang bersifat holistik dan seimbang yang mempunya minda keusahawanan.
Menurut Pengarah Komersial Citychemo Manufacturing Sdn Bhd, Lum Chong Heng, kerjasama Goof Virtues Co. dan UiTM adalah sangat penting bagi memberi inspirasi berhubung dengan pengguna Muslim.
Do Good Challenge adalah satu pertandingan yang membenarkan pelajar UiTM menyampaikan idea inovatif mereka yang berangkul 4 bidang khususnya, pendidikan, kesihatan, kemanusiaan dan alam sekitar.
Pertandingan ini melibatkan empat fasa iaitu peringkat penyertaan, bengkel dan latihan sehingga lima finalis dipilih untuk menerima dana awalan bernilai RM8,000.
Peringkat akhir pembentangan, lima finalis tersebut perlu mempamerkan cadangan perniagaan mereka dan finalis yang paling menarik perhatian panel akan merebut peluang membawa pulang Hadian Utama yang bernilai Rm30,000.
Kejayaan penganjuran Do Good Challenge ini telah meletakkan kerjasama berterusan antara Good Virtues Co. dan UiTM bagi musim seterusnya yang akan bermula Oktober ini dan akan diperluaskan dengan melibatkan kampus UiTM di Malaysia Timur.
Untuk info lanjut berkenaan Good Virtues Co. atau Do Good Challenge, boleh layari laman sosial @goodvirtuesco di Instagram atau GoodVirtuesCo.MY di Facebook.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source