Lelaki Ini Kongsi Itinerari Trip Ke Turki, 10 Hari Bajet RM3,444
Ada bajet lebih, boleh cuba trip ke Turki pula. Intai Istanbul dan Cappadocia yang memang dikenali sebagai sebuah lokasi menarik untuk dikunjungi.
Namun begitu, mungkin ada yang masih berkira-kira untuk ke luar negara kerana bimbang dengan kos perbelanjaan yang tinggi lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini.
Nah tengok viewnya dulu, video ini dikongsi oleh pelakon, Nazeera Sardi yang pergi bercuti ke Turki.
@nazeerasardi10 Berbelas jam fly ✈️ untuk sampai ke sini, hiking dengan dress seawal 6 pagi untuk sampai atas ni dengan kesejukan 9-11c. Tapi, rasa berbaloi dapat tengok scenery yang indah lagi2 masa sunrise 🌅 . View dia susah digambarkan dengan kata-kata 😍 With all ma favourite person in the world ❤️ #JernBirthdayTrip2022 . . #NazeeraSardi #JernCuba #Cappadocia #Turkey #fyp ♬ suara asli – Penyair Emosian
Lelaki Ini Kongsi Itinerari Trip Ke Turki, 10 Hari Bajet RM3,444
Bagi korang yang menyimpan hajat untuk ke Turki, kali ini kami ingin berkongsikan perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Amri Baik, menyenaraikan itinerari sepanjang percutian di Turki kira-kira selama 10 hari.
Dari Kuala Lumpur -Istanbul-Sanliurfa-Cappadocia-Ankara-Bozuyuk-Sogut-Bozuyuk-Bursa-Istanbul-Kuala Lumpur.
Bajet keseluruhan untuk pengangkutan, penginapan dan insurans yang dibeli adalah sebanyak RM3,444. Not bad la kan?
Jom kita lihat perkongsian itinerari ini dengan lebih terperinci.
Pengangkutan
Flight KL-Istanbul-KL by Emirates RM1.7k
Flight Istanbul Airport-Sanliurfa airport by Turkish Airlines RM150
Bas dari Sanliurfa Airport-Urfa by Havabus RM5
Public taxi dari Urfa-Urfaevi Otel RM9
Public bus no.24 dari hotel-Eyyube RM1
Public taxi dari Eyyube-Hotel RM9
Public taxi dari Hotel-Sanliurfa Otogar RM6
Bas Mardin Seyahat dari Sanliurfa Otogar – Nevsehir Otogar RM60
Public taxi dari Nevsehir Otogar – Goreme RM17
Mini bus dari Cappadocia – Kayseri Otogar RM21
Kahramanmaras bus dari Kayseri Otogar – Ankara RM46
Dari Ankara Otogar – AKM Otel (free org Turki belanja)
Public taxi dari AKM Otel – Ankara Otogar RM2
Bas Metro dari Ankara Otogar – Bozuyuk Otogar RM50
Dar Bozuyuk Otogar – Sogut – Bozuyuk Otogar RM65
Bas dari Bozuyuk Otogar – Bursa Otogar RM13
Public taxi dari Bursa Otogar – Malkoc Otel RM6
Public taxi dari Fetih Muzesi – Bursa Otogar RM7
Bas Metro dari Bursa Otogar – Barampasa Otogar RM45
Public taxi dari Barampasa – Sultanahmet Inn RM12
Public taxi dari Agora Boutique – Istanbul Airport RM40
Total : RM2,264/pax
Penginapan
Urfaevi Otel, Sanliurfa = RM50
Chelibi Cave Hotel, Cappadocia = RM145 (2 malam)
AKM Otel, Ankara = RM70
Malkoc Otel, Bursa = RM45
Sultanahmet Inn, Istanbul = RM120
Agora Boutique Hotel, Istanbul = RM60
Total : RM490/pax
Tarikan tempat pelancongan
Sanliurfa:
-Archeologi Muzesi : RM15
-Makam Nabi Ayub A.S : Percuma
-Masjid Halillurrahman (Tempat lahir Nabi Ibrahim A.S) : Percuma
-Balikligol (Tempat Nabi Ibrahim a.s dibakar) : Percuma
-Urfa Bazaar: Percuma
Cappadocia:
-Red & Green tour: RM255
-Hot Balloon: RM180
Sogut:
Ertugrul Turbesi : Percuma
Bursa:
-Ulu Camii: Percuma
-Tophane (Makam Osman Gazi & Orhan Gazi): Percuma
-Fetih Muzesi: Percuma
Istanbul:
-Hagia Sophia: Percuma
-Blue Mosque: Percuma
Total : 455
AIG insurans : RM235/pax
RM2,264 + RM490 + RM455 + RM235 = RM3,444/pax
Difahamkan, jika korang nak tempah penerbangan domestik Turki memerlukan hes code, jadi korang tidak boleh menempah awal selagi belum memohon kod tersebut. Hes code hanya boleh dipohon 72 jam sebelum berlepas di link ini
Semua tiket bas di beli secara walk di stesen bas dan tempahan hotel dibuat ketika on the way ke lokasi kecuali Agora Boutique Hotel disebabkan perlu memohon hes code dan beri alamat semasa di Turki.
Semua hotel yang ditempat 90 peratus adalah walking distance ke tempat-tempat menarik sekitar kawasan tersebut dan termasuk dengan sarapan pagi.
Ha, berbaloi sangatlah kan? Cuma, kos perbelanjaan ini tidaklah termasuk duit makan dan shopping di sana. Tapi setidaknya korang dah boleh buat anggaran sebelum ke Turki. Betul tak?
Sumber: (1)
Kredit video: nazeerasardi10
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source