Tidak ‘ditemani’ bapa, anak Allahyarham Ridzuan Hashim kini bergelar suami
Anak lelaki kepada pelakon Didie Alias iaitu Muhammad Dhanial selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Nur Khairunnisa dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Casablanca The Villa, Tawau pagi tadi.
Pernikahan lelaki berusia 29 tahun itu tidak ‘ditemani’ bapanya iaitu pelakon, Allahyarham Ridzuan Hashim yang meninggal dunia pada 4 Mei lalu akibat serangan jantung.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali meluahkan rasa syukur apabila majlis tersebut berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah selesai. Majlis pernikahan anak lelaki saya bersama pasangannya. Syukur berkat doa semua, majlis berjalan dengan lancar. Selamat datang ke ‘keluarga D’,” tulisnya dalam video siaran langsung itu.
Menerusi sesi siaran langsung berkenaan, Muhammad Dhanial dan Nur Khairunnisa mengenakan persalinan serba putih yang sinonim dengan majlis akad nikah.
Sebaik selesai sesi akad nikah, pasangan mempelai dilihat saling berpelukan dengan keluarga kedua-dua belah pihak sehingga mengundang rasa sebak selain turut mengabdikan momen di atas pelamin.
Untuk rekod, Didie dan arwah Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 namun berpisah 11 tahun selepas itu.
Selain Dhanial, mereka dikurniakan empat lagi anak perempuan iaitu Nur Dhaniyah, 30, Nur Dinie, 27, Nur Danie, 25 dan Nur Diana, 24 tahun.
Sumber: Instagram Didie Alias, Diana R, Fikri Ali & Diana Easter Chong
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source