“Kecil lagi dah gatal” -Netizen tegur pelakon remaja cari pakwe guna ‘dating apps’
Baru-baru ini, pelakon remaja, Qistina Raisah telah berkongsi satu video berkenaan pengenalannya dengan seorang jejaka di media sosial.
Tindakan pelakon berusia 15 tahun itu telah dikecam hebat netizen kerana mengatakan tindakannya belum layak kerana masih dibawah umur.
Menerusi video tersebut, dia mengatakan yang pernah menyukai seorang lelaki sejak dua tahun leas namun perasaannya tidak berbalas.
Jadi, dia mengambil keputusan untuk mencari teman baru dengan menggunakan aplikasi ‘dating’ dan menemui jejaka yang diingini.
“Tak sia-sia main ‘dating apps’ ini, laju je dapat kawan..kita kawan-kawan dulu ye..
Hi semua, disebabkan sebelum ini saya ada suka seseorang selama dua tahun tetapi dia tidak menyukai saya balik jadi saya ada tengok satu aplikasi ini.”
Jelas Qistina lagi, dia yakin dengan maklumat yang telah diberikan oleh pengguna aplikasi berkenaan dan mengambil keputusan untuk berjumpa sekaligus menemaninya beraya.
“Korang tahu la kan dekat situ boleh cari kawan, teman lelaki, teman wanita..sebab dekat ‘dating apps’ ini semuanya akaun rasmi bukan pengguna palsu. Jadi semua orang-orangnya betul.
“Jadi ini pertama kali kami jumpa. Jom teman saya pergi beraya.. rayakan sebulan.” ujarnya.
@qqistinaraisah Tak sia-sia main OMI ni..laju je dapat kawan.. kita kawan-kawan dulu yek..😜😊
Susulan daripada perkongsian terbabit, dia telah mendapat kecaman daripada netizen yang merasakan pelakon berkenaan masih lagi dibawah umur dan tidak sesuai untuk bermain aplikasi dating itu.
Mereka juga menasihati Qistina supaya tidak terburu-buru dalam mencari pasangan memandangkan dia masih lagi bersekolah dan belum sesuai untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki kerana usianya yang masih muda.
Apa-apa pun, boleh jadi Qisitina hanya mempromosikan sahaja aplikasi mencari jodoh itu di media sosial dan lelaki yang ditemui hanyalah sekadar membuat konten sahaja dengannya.
Setakat ini, penjelasan berkenaan lelaki terbabit belum ada dan netizen memilih untuk menasihatinya supaya lebih berhati-hati memandangkan masih lagi di bawah umur.
Sumber: TikTok qistinariasah
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source