Komen ‘tak tanding’ helah, Adun Morib alu-alukan kedatangan Azmin
Hasnul Baharuddin berkata khabar angin Azmin Ali akan ke DUN Morib sudah berlegar sejak dua bulan lalu.
PETALING JAYA: Adun Morib, Hasnul Baharuddin, percaya ada kebenaran di sebalik khabar angin Azmin Ali akan bertanding di kawasan itu pada PRN di Selangor kelak.
Hasnul memberitahu FMT, khabar angin itu bukan baru muncul.
“Dah dua bulan saya dengar khabar dia nak datang sini,” katanya.
Selepas 15 tahun di DUN Bukit Antarabangsa, sumber Bersatu memberitahu bahawa parti itu mempertimbangkan tujuh kerusi “agak selamat” untuk ditandingi Azmin, dengan salah satunya Morib.
“Memang ada rancangan letak Azmin di Morib tetapi keputusan akhir pucuk pimpinan yang tentukan,” kata sumber itu kepada FMT, yang menambah kerusi itu disifatkan “selamat” berdasarkan pecahan peti undi PRU November lalu.
Pada PRU15, calon Perikatan Nasional meraih 52,867 undi berbanding calon Pakatan Harapan (51,034) dan calon Barisan Nasional (18,685), dengan kelebihan 1,833 undi.
Bagaimanapun, Azmin ketika ditemui pada majlis Aidilfitri PN semalam, berkata beliau tiada rancangan bertanding pada PRN selepas mengumumkan berehat daripada politik, enam bulan lalu, bagi memberi laluan kepada calon muda.
Hasnul, seorang wakil rakyat daripada Amanah, percaya komen Azmin itu hanya “helah politik”.
“Dia nak tengok reaksi orang,” katanya tanpa huraian lanjut.
Hasnul bagaimanapun berkata Azmin tidak kelihatan di Morib sejak selepas kempen PRU lalu.
“Saya alu-alukan kalau dia nak datang Morib. Antara retorik yang dimainkan oleh PN (di Parlimen Kuala Langat) adalah anak tempatan. Kalau dia nak lawan anak tempatan, silalah.”
Pemerhati politik percaya Azmin sukar mengekalkan kemenangan di DUN Bukit Antarabangsa, berdasarkan keputusan PRU lalu. Pada pilihan raya itu, calon PH bagi Parlimen Ampang meraih 56,754 undi berbanding calon PN (27,073) dan calon BN (11,509), dengan kelebihan 29,681 undi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source