Berdepan gangguan aneh, Sherry Ibrahim reda berat badan dah makin susut
Pelakon jelita, Sherry Ibrahim mendedahkan kurang selera makan menjadi asbab kepada penyusutan berat badannya dan bukan seperti mana dakwaan dirinya sakit, sebelum ini.
Menerusi temu bual bersama Melodi, aktres yang berusia 40 tahun itu memaklumkan dia tidak pernah dimasukkan ke dalam hospital memandangkan sentiasa menjaga pemakanan dan aktif bersenam.
@melodiberapi Alamak siapa buat Sherry Ibrahim ni sampai kurus macamni sekali #meloditv3 #panas #tv3
“Mulanya saya jaga pemakanan dan aktif beriadah. Dah bertahun-tahun saya amalkan, tetapi sekarang ramai yang ambil berat dan anggap saya tak sihat.
“Saya tak pernah dimasukkan ke hospital, jarang demam. Mungkin sekarang saya tiada selera makan. Saya kena paksa semuanya,” katanya.
Bagaimanapun, disoal adakah penyusutan berat badan berpunca angkara perbuatan jahat manusia, Sherry akui sudah berikhtiar dan reda dengan ketentuan Allah.
“Saya tiada musuh dengan sesiapa. Saya yakin ada hubungan yang baik dengan semua orang. Namun, hidup ini kita tak tahu apa yang orang rasa terhadap diri kita.
“Alhamdulillah, saya sudah ikhtiar apa yang patut. Banyak benda saya sudah berusaha, insya-Allah apapun saya kena berserah.
“Ini semua keizinan Allah. Bila saya dapat maklum balas mengenainya, saya sedar kena ikhtiar cara lain,” ujarnya lagi.
Bukan itu sahaja, apa yang lebih mengejutkan, Sherry memberitahu dia berdepan dengan gangguan aneh sehingga engan untuk berhubung dengan orang lain.
Jelasnya, dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa namun, berserah sepenuhnya kepada yang Maha Berkuasa ekoran bukan satu perkara yang boeh dijadikan bahan ‘mainan’.
“Saya tak pernah ada musuh, reputasi dalam industri pun tiada masalah dengan orang. Saya pun tak mahu memperbesarkan hal ini.
“Ada (gangguan aneh) di hujung-hujung. Banyak jawapan yang Allah beri. Saya memang berserah, perkara begini tak boleh main-main, Allah lebih berkuasa.
“Keluarga ada bersama saya ketika itu. Saya juga tak sedar. Saya bersyukur sangat ada orang yang sentiasa bersama saya. Allah nak tunjuk kepada saya ada orang nak bantu saya.
“Saya banyak elakkan diri daripada orang. Saya tak mahu jumpa orang,” dedah Sherry lagi.
Pun begitu, Sherry meluahkan rasa syukur dirinya sudah dalam keadaan baik dan berharap agar tidak diganggu lagi serta memperoleh kebahagiaan yang sebenar.
Sumber: TikTok @Melodi
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source