Sindiket jenayah antarabangsa tumpas, warga Singapura, China ditahan
Sindiket itu menyediakan platform judi dalam talian serta menjalankan kegiatan pengurup wang digital tanpa lesen.
PETALING JAYA: Polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian dalam talian dan pengurup wang digital tanpa lesen selepas menahan 40 individu termasuk warga China dan Singapura dalam beberapa sebuan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata operasi itu dijalankan pada 19 Mei itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dengan kerjasama Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC).
Katanya, mereka ditahan terdiri daripada 18 warga tempatan, 21 warga China manakala seorang lagi dari Singapura.
“Hasil siasatan mendapati, sindiket itu menyediakan platform judi dalam talian yang menyasarkan warga Taiwan. Pelanggan berminat untuk bertaruh dikehendaki membuat pemindahan wang ke akaun keldai yang dipercayai berada di China.
“Setelah pindahan selesai, pelanggan akan diberikan ‘points’ untuk digunakan di platform perjudian yang disediakan,” katanya dalam kenyataan.
“Siasatan juga mendapati, sindiket ini menjalankan kegiatan pengurup wang digital tanpa lesen dengan melakukan tukaran mata wang dari China kepada kripto dan kemudian menghantar semula ke China.
Bagaimanapun, sumber wang diterima pihak sindiket masih dalam siasatan, katanya.
“Kesemua suspek berusia antara 20 hingga 58 tahun, direman bermula 20 Mei sehingga Khamis ini. Polis turut merampas barang kes antaranya telefon bimbit, wang tunai RM29,587, mata wang USD5,000 serta jongkong emas.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source