Cukup Setahun Hari Lahir Emirhan, Anzalna Raikan Ulangtahun Anaknya Bersama Anak-Anak Yatim
Anzalna Nasir, 35, memilih untuk menyambut ulangtahun kelahiran anak keduanya iaitu Emirhan diraikan bersama para ‘tetamu istimewa’. Tetamu istimewa yang diraikan bersama itu adalah anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Qaseh.
“In sha’Allah nanti kita datang lagi. Doakan kami sentiasa dilimpahkan rezeki supaya dapat happy kan mereka selalu.”
Keikhlasan Anzalna sekeluarga dapat dirasakan apabila anak-anak yatim ini turut diberi peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama sepanjang hari di pusat rekreasi yang telah ditempah khas.
Ramai juga di antara pengikut dan peminat Anzalna meluahkan rasa gembira dan bangga dengan tindakan Anzalna berkongsi rezeki dan menggembirakan hati anak-anak yatim tersebut. Dalam pada masa yang sama ramai juga turut mendoakan Anzalna sekeluarga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Sekadar info, Anzalna dan suami telah mendirikan rumahtangga bersama Hanif Zakri pad tahun 2016. Melalui hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan 2 orang putera iaitu Mohamad Eidrees yang kini hampir memasuki usia empat tahun serta Mohamad Emirhan, 1.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source