Netizen anggap Mira ‘acah’ tersakiti -“Kau terkenal pun sebab benda tak bagus”
Tidak dapat dinafikan, influencer Mira atau nama sebenarnya Amirah Aqilah Firdaus sering menjadi sorotan netizen setelah terpalit dengan kontroversi hangat yang membabitkan rumah tangga usahawan sensasi, View Chin bersama bekas isterinya, Ah Moi.
Malah, baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Mira di laman Instagramnya, dia mengakui sejak akhir-akhir ini rezekinya semakin meluas dengan memperoleh banyak peluang pekerjaan selepas isunya mula mendapat perhatian ramai di media sosial.
Bukan itu sahaja, dia menyeru kepada golongan yang sering mengkritik dan mengecam dirinya supaya berhenti daripada terus mengikuti gerak gerinya dalam kehidupan seharian.
“Alhamdulillah..Orang nk jatuhkan kita senang je, ada org boleh nampak & ada org tk boleh nampak. Cuma kalau awak dah jatuhkan saya janganlah nak tahu gerak geri saya,” ujarnya.
Jelas influencer kelahiran Pahang itu lagi, dia mengetahui ada segelintir individu yang mahu melihat dirinya terus ‘jatuh’ dengan bertindak melakukan perkara di luar kawalan dan menjadi orang gila selepas dirinya tular di media sosial.
“Saya tahu orang nak tengok saya bunuh diri atau gila atau seangkatan dengannya. Cerita ni akan ada episod,” katanya lagi.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan sama ada Mira merupakan seseorang yang cukup terkenal sehingga membolehkan orang lain untuk mengambil berat mengenai dirinya.
Bahkan, ramai yang meluahkan rasa pelik mengapa dia seolah-olah ‘mangsa keadaan’ walhal sebelum ini Ah Moi telah membongkar segala-galanya mengenai hubungan dia bersama View Chin yang juga merupakan majikan di tempat kerjanya.
Namun, setakat ini, netizen masih tertunggu-tunggu permohonan maaf secara terbuka oleh Mira kepada Ah Moi ekoran perbuatannya yang dipercayai menganggu keharmonian rumah tangga usahawan itu.
Sumber: Instagram @Amirah Aqilah
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source