Kongsi gambar lepas solat, Haqiem Rusli & isteri akui sedang hadapi banyak ujian
Penyanyi, Haqiem Rusli akui bahawa sejak kebakangan ini dia dan isteri, Anis Sofea telah diduga dengan pelbagai ujian.
Pelantun lagu, Tergantung Sepi ini menyatakan walau apa yang terjadi, dia dan Sofea akan melaluinya bersama-sama.
“Banyak dugaan datang menimpa, tapi kita lalui sama-sama tau sayang, I love you so much,” tulisnya.
Dia menyertakan luahan hatinya itu bersama sekeping gambar swafoto dia dan isteri yang memakai pakaian solat. Mereka juga dilihat bahagia berdua dan tersenyum walaupun diuji dengan pelbagai kontroversi.
Baru-baru ini, Anis Sofea telah mendapat kecaman hebat netizen apabila mengambil keputusan membuka tudung ketika Aidilfitri tempoh hari.
Dia yang berkongsi gambar di Instagram tanpa bertudung telah membuatkan para peminat kecewa kerana wanita berusia 21 tahun itu begitu cantik apabila mengenakan hijab.
Disebabkan itu, Haqiem Rusli teruk dikecam sesetengah netizen yang mengatakan dia tidak pandai mendidik isteri.
Hal tersebut susulan tindakannya sebelum ini yang sentiasa menutup aurat peminat perempuan ataupun kenalan wanita setiap kali memuat naik posting terbaru di media sosial.
Sumber: Instagram Haqiem Rusli
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source