Cari rumah lebih versatil & moden? Residensi Curvo ada ciri kediaman impian anda!
Banyak sebenarnya kelebihan apabila kita beli rumah sendiri berbanding menyewa. Orang kata lebih baik membayar untuk memiliki daripada gaji terus hangus begitu sahaja bayar sewa rumah pada setiap bulan.
Bukannya apa, kita penat lelah bekerja dan keluarkan perbelanjaan beribu-ribu untuk bayar sewa, kan lebih baik beli rumah sendiri. Tak ada lah rasa ralat sangat nak laburkan duit untuk aset sendiri!
Apabila memiliki rumah sendiri, sudah semestinya menjamin masa hadapan kita dan sekeluarga dengan pelaburan yang sangat kukuh.
Mana tidaknya, harga hartanah akan sentiasa meningkat! Jadi, kita kena buat persiapan daripada sekarang sebelum terlambat!
Tapi, tak dapat dinafikan bukan senang nak cari rumah yang bagus zaman sekarang. Kita mesti nak kawasan rumah yang selamat, selesa, dekat dengan kemudahan dan harga yang berpatutan.
Buat apa nak pening kepala, korang boleh usha rumah dekat Residensi Curvo dekat Setapak, Kuala Lumpur ni. Automatik terus jatuh cinta!
Laluan masuk boulevard pokok berbaris eksklusif sejauh 200m
Menariknya, kawasan rumah kat Residensi Curvo ni sangat strategik. Korang boleh akses ke lebuh raya seperti Jalan Genting Klang, Jalan Lingkaran Tengah Kuala Lumpur (MRR2), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (DUKE 3)
Kalau rasa malas nak bawa kereta pergi kerja, korang boleh guna pengangkutan awam seperti LRT Wangsa Maju, LRT Sri Rampai, LRT Setiawangsa dan MRT Setapak (akan datang) sebab dekat je dengan rumah, fuhhh jimat duit minyak.
Tinggal berdekatan dengan bandar KL
Korang semua pun tahu, dah bertahun-tahun Setapak ni berkembang pesat menjadi sebuah kawasan yang sediakan macam-macam bentuk kemudahan.
Antaranya ialah institusi pendidikan, pusat beli-belah, pusat perubatan, pasar raya besar, taman rekreasi dan sebagainya.
Memang patut lah jadi Residensi Curvo ni jadi pembangunan bersepadu pertama kat Setapak ni, sebab semua dekat dengan rumah. Memang mudah urusan seharian korang nanti.
Tak lengkaplah kalau tempat tinggal kita tak ada kemudahan untuk beriadah dengan keluarga kan.
Apa yang bestnya, Residensi Curvo menyediakan daya tarikan yang menarik di beberapa aras yang terpilih seperti sudut perpustakaan, taman teres, kolam renang, skygolfer arena, sky gym, bilik karaoke dan sebagainya.
Korang juga boleh melihat pemandangan yang luar biasa menerusi skydeck seperti moonlight terrace dan stargazing terrace. Sambil-sambil tu boleh healing hilangkan segala tekanan yang ada!
Kekal aktif di sky gym dengan pemandangan yang memukau
Malah, kawasan rumah juga lengkap dengan taman nature rhythm dengan keluasan 0.47 ekar, laluan jogging dengan suasana alam semula jadi lebih kurang 750 meter dan lorong berbasikal dengan jarak 582 meter.
Senang cerita, memang semua serba lengkap. Mudah lah korang untuk amalkan gaya hidup yang sihat. Tak perlu pergi jauh-jauh! Boleh ajak kawan dan keluarga masing-masing untuk bersukan.
Alami keajaiban semulajadi di Nature Rhythm Park
Kalau korang tengok reka bentuk Residensi Curvo ni, memang cantik sebab mereka ikut design yang versatil dan moden.
Residensi Curvo mempunyai reka bentuk yang tersendiri dengan kombinasi menara yang tinggi-rendah dan menawarkan tiga jenis susun atur berbeza orientasi Utara-Selatan antara 952 kaki persegi hingga 1345 kaki persegi. Sesuai dengan cita rasa pelbagai lapisan generasi.
Curvo Residences – Fasa Kediaman Akhir @ SkyArena, Setapak
Dengan keluasan 952 kaki persegi untuk jenis unit A, korang akan dapat 3 bilik tidur dan 2 bilik air, manakala jenis unit B pula menawarkan ruang yang lebih besar dengan keluasan 1110 kaki persegi yang dilengkapi dengan 3+1 bilik tidur dan 2 bilik mandi.
Tak cukup besar lagi? Korang boleh pilih unit jenis C dengan keluasan paling luas iaitu 1345 kaki persegi yang mempunyai 4+1 bilik tidur dan 3 bilik mandi.
Ketiga-tiga jenis unit mempunyai ruang makan dan ruang tamu yang luas bersambung dengan balkoni bagi mewujudkan pencahayaan dan pengudaraan yang semulajadi di dalam rumah. Kecekapan lantai pun sehingga 81 peratus, hebat!
Lobi lift yang mewah
Terdapat lima ciri inovatif yang ditawarkan, antaranya ialah Sistem Kawalan Kumpulan Pintar Lif yang akan mengoptimumkan masa menunggu. Baru lah tak stress tunggu lif lama sangat!
Bagi memastikan persekitaran rumah korang sentiasa bersih, Sistem Kawalan Sisa Automatik (AWCS) diperkenalkan. Ini bermaksud sampah korang akan dibuang melalui pelongsor dan diangkut terus ke bekas yang tertutup. Automatik rumah sentiasa bersih dan terjaga!
Selain itu, korang yang guna kenderaan elektrik tak perlu bimbang sebab terdapat Stesen Pengecasan EV disediakan untuk memudahkan urusan.
Takut nak parking kereta kat tempat tinggi? Haaa nak tahu tak dengan adanya tanjakan laju, ia akan membolehkan korang akses hampir serta merta ke aras letak kereta. Dasyat betul pengurusan kat Residensi Curvo ni.
Kawasan drop-off hijau
Untuk terus memelihara bumi, pemaju telah menggunakan inisiatif dengan menggabungkan ciri Bangunan Berperakuan Hijau dan kemudahan rekreasi yang menggalakkan aktiviti sihat.
Inisiatif seperti Green Facade Podium, Forest Jog Trail, Nature Rhythm Park, Lorong Berbasikal, Urban Farm dan Taman Teres berfungsi sebagai paru-paru hijau untuk pembangunan.
Apa yang lebih penting, Residensi Curvo mematuhi piawaian pensijilan QLASSIC dengan memiliki lebih 75 peratus indeks skor yang akan memastikan kualiti terbaik khas untuk korang!
Nak tengok apa lagi tawaran dan keistimewaan yang korang boleh dapat? Jom lawati SkyWorld Gallery @ Setapak atau layari website skyworld.my/curvo. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian: (03) 9212-3116
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source