Dakwaan terima dana syarikat judi, PN teliti ambil tindakan undang-undang
Kenyataan menteri semalam berhubung hasil siasatan SPRM menunjukkan dakwaan terhadap PN itu merupakan fitnah dan pembohongan, kata Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) sedang mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang berhubung tuduhan bahawa gabungan itu menerima sumbangan daripada dana syarikat judi, susulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada bukti perkara itu berlaku.
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan berbincang dengan peguam tentang langkah seterusnya yang akan diambil.
“Kita akan bincang dengan peguam, apa langkah yang kita akan ambil terhadap kenyataan-kenyataan yang telah dibuat (terhadap PN),” katanya kepada pemberita di Mahkamah Kuala Lumpur.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hasil siasatan SPRM yang mendapati tiada bukti parti-parti dalam PN menerima sumbangan daripada dana syarikat judi pada PRU15.
Pada Disember lepas, media melaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan bayangan bahawa sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat yang terlibat dengan cabutan khas judi.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, SPRM menjalankan kajian terperinci mengenai dakwaan itu dan mendapati maklumat yang diterima terlalu umum serta tiada pihak boleh mengesahkannya.
“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” kata Azalina dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Kata Muhyiddin hari ini, kenyataan Azalina itu menunjukkan dakwaan yang dibuat terhadap PN sebelum ini merupakan fitnah dan pembohongan.
“Ini satu fitnah dan pertuduhan berat, Mungkin yang penting, (tindakan) yang pertama, akan tuntut (permohonan) maaf,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source