Seminggu diabai suami, isteri bawa diri jalan kaki dua jam balik rumah mak
Baru-baru ini, tular di laman sosial memaparkan seorang wanita bertindak berjalan kaki sambil mendukung seorang anak untuk pulang ke rumah ibunya telah berjaya meraih perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Noor Janah Ibrahim, dia memaklumkan berselisih dengan wanita tersebut semasa dalam perjalanan untuk pulang ke kampungnya.
Tidak sampai hati melihat keadaan mereka, Janah telah meminta suaminya untuk berpatah balik kerana ingin memberi tumpang kenderaan mereka memandangkan kawasan dikelilingi dengan hutan.
“Masa dalam perjalanan balik kampung dari Kuantan saja ikut jalan lama, tiba-tiba jumpa orang dukung anak, kami dah terlajak minta suami patah balik juga sebab tak sampai hati tengok ibu dukung anak kiri kanan hutan, masa ini kat Gambang.
Apa yang lebih menyedihkan, rupa-rupanya wanita tersebut mempunyai masalah keluarga di mana suaminya sudah seminggu tidak ambil berat terhadapnya.
Disebabkan itulah, dia membawa diri bersama anak dan difahamkan, sudah dua jam berjalan kaki dari Gambang mejuju ke Payar Bungor untuk pulang ke rumah ibunya.
“Masa ajak naik, dia tengah bercucuran air mata menangis. Dia pun tak menolak naik kereta sebab penat sangat. Rupanya dia dah jalan kaki dua jam dari Gambang nak menuju ke Payar Bungor.
“Aku hanya fikir dia dukung anak je, tanya suami mana, dia kata dah seminggu suami dia tak pedulikan dia, jadi nekad balik rumah mak dia jalan kaki.
Sebelum sampai ke destinasi sebenar, Janah menurunkan keluarga tersebut di sebuah kawasan selepas diminta oleh wanita tersebut memandangkan jalan masuk rumah agak sukar untuk kenderaan melaluinya.
“Ni dah sampai, kami nak hantar sampai kat dalam tapi dia tak nak, dia kata jalan tak elok. lagipun dia kata tak jauh dah simpang masuk rumah dia, bagi saguhati tak seberapa, harap dapat bantu dia,” ujarnya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah berjaya meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 70,000 tanda suka selepas tiga hari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
Sumber: TikTok @Noor Janah Ibrahim
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source