‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’, tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pemilihan tema itu hasil kerjasama strategik dan kesepakatan pasukan panel pemikir terdiri daripada 16 pakar pelbagai bidang.
KUALA LUMPUR: “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pemilihan tema itu sejajar tekad dan komitmen kerajaan untuk membangunkan negara dengan rakyatnya yang bersatu padu, memiliki semangat perpaduan tinggi serta hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.
Katanya, ia juga didukung konsep Malaysia Madani sebagai kunci utama, yang diinspirasikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bagi memastikan rakyat mengecapi semua bentuk kemajuan dan kemodenan berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.
“Pemilihan tema ini hasil kerjasama strategik dan kesepakatan pasukan panel pemikir terdiri daripada 16 pakar pelbagai bidang, antaranya ahli akademik, tokoh budaya, pengamal media, pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, ikon belia dan pempengaruh media sosial.
“Seiring aspirasi tersebut, suka saya umumkan logo Malaysia Madani turut dipilih menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2023,” katanya ketika melancarkan logo dan tema HKHM 2023 di Esplanade Taman KLCC.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source