Kenapa Tentera Turki Cuba Rampas Kuasa Tahun 2016?
Turkiye buat second round pilihan raya. Pemenang round tu jadi presiden. Maka jom kita bincang pasal salah satu detik paling cemas dalam sejarah moden negara ni. Percubaan rampasan kuasa 2016! Sebelum kita ulas pasal rampasan kuasa ni, saya kena bercerita dulu pasal Fethullah Gülen. Pengaruh dia kat Turki memang hebat. Dia bawa pendirian Islamisme dan neo-Ottomanism.
Masa Erdogan baru nak naik tahun 2003 dulu, penyokong-penyokong Gülen turut membantu. Hasilnya? Gandingan Erdogan-Gülen melemahkan saraf Ataturkisme. Waktu ni Gülen di kemuncak pengaruh.
Pengikut dia pegang akhbar, TV, rangkaian pusat ilmu, institusi kewangan, kedudukan tentera dsb. Erdogan sebagai PM tak kacau mereka ni sangat, sebab ada common interest yang sama: Lemahkan kuasa politik angkatan tentera.
–
Sebelum tu, kami nak bagitau yang kami beraksi menjual buku-buku The Patriots, Mahakarya dan Write & Brave di #PBAKL2023. Jemput ramaikan reruai kami. Berikut adalah peta lokasi kami:
Ini pula adalah diskaun-diskaun yang kami tawarkan:
–
Tu Point One: ada ‘tug of war’ antara ahli politik dan anggota tentera. Turki ni serupa Rusia yang mengkastakan ‘siloviki’ (tentera) dan ‘siviliki’ (awam).
Hubungan Erat Tapi Jerat
Yumitro (2022) juga menyentuh bahawa Erdogan tahu dia tak mampu nak lawan Gülen. At least masa jadi PM lah. Teamwork Erdogan-Gülen mula nampak retak sekitar tahun 2011. Dulu asalnya sekutu, waktu ni dah jadi pesaing. Team Gülen mula kacau Team Erdogan. Erdogan jadi pentadbir negara. 2010-2013 tu, rahsia negara kerap dibocor (Boulton & Coskun, 2014).
Erdogan dah mula mendakwa Gülen buat ‘kempen kotor’ nak conteng arang pada kerajaan. Manakala Team Gülen pula kata tuduhan ni ‘serupa komedi’. In short, ada power struggle antara dua figura ni. Sampailah kemuncak, apabila Erdogan dakwa Team Gülen ni cuba buat ‘parallel state’:
Kira Team Gülen walaupun bukan kerajaan cuba run kerajaan tanpa masuk politik. Sesiapa saja yang kerajaan rasa penyokong Gülen dipecat atau ditangkap. Dah tu pula, 2013 ada skandal korupsi besar yang melibatkan 52 figura kerajaan. Semua tu parti Erdogan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Polis temui $4.5 juta tunai disimpan dalam kotak-kotak kasut kat rumah seorang pengarah bank pro-Erdogan.
Ada peniaga pula katanya terlibat dalam gold trading $9.6 bilion. Tapi kerajaan Erdogan pecat ramai ketua polis termasuk kat Istanbul. SOP pihak berkuasa ketara ditukar. Kalau nak raid, kena bagitau ketua-ketua dulu (Hurriyet, 2013). Siapa yang tukar? Menteri Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang. Seramai 70,000 peguam Turki bawah Turkish Bars Association lawan SOP ni kat mahkamah agung.
Mereka menang.
Mahkamah agung batalkan SOP ni. Kemudian Erdogan rombak kabinet kerajaan balik. Macam-macam jadi masa ni… dan Erdogan mendakwa siasatan ni adalah konspirasi dibuat perkakas Gülen.
The Coup Itself
Penjelasan panjang ni dah bagi korang gambaran jelas apa yang berlaku sebelum tu. Rampasan kuasa 2016 ni katanya Erdogan vs Gülen. Bukan Ataturkisme vs Erdoganisme. Betul, selama ni kalau ada campurtangan Ataturkisme ada kaitan. Sebab bidangkuasa tentera dan kehakiman anggap diri pembela ilham Ataturkisme (Filkins, 2016).
Parti Islamis susah nak ada tempat. Pada 13 Julai 2016, Erdogan menandatangani rang undang-undang bagi imuniti pada tentera Turki. Tak boleh didakwa kalau terlibat dalam domestic operations… kecuali kes yang dapat lampu hijau dari PM. Ni kira mengikat tangan tentera supaya tunduk pada kerajaan. Dua hari kemudian, semua pakat terkejut.
Malam tu, jet tentera terbang melintasi Ankara… jambatan Istanbul pula tutup. Dan PM Binali Yildirim umumkan yang “sebahagian pihak tentera sedang merampas kuasa secara haram”. Chaos all over. Kereta kebal ada kat Ataturk Airport. Pengguna media sosial disekat. Teruk.
Dalam blok tentera pula, segerombolan menjemput Komander Tentera Darat Turki. Bila sampai jer, komander tu ditangkap dan dijerut supaya tandatangan pengisytiharan rampasan kuasa. Dia enggan bagi kerjasama. Timing rampasan kuasa ni pun menarik. Waktu tu Erdogan tengah bercuti.
Tengah malam jer, helikopter mula mengebom pejabat dan markas pihak berkuasa. Tentera pergi tawan Dataran Taksim di Istanbul. Dan pembaca berita Tijen Karas dipaksa umum: “kepimpinan demokrasi dan sekular dah diluntur kerajaan sekarang. Turki kini dipimpin Majlis Peace at Home.”
Erdogan bila tahu jer mengecam usaha rampasan ni sekeras-kerasnya. Dia guna media CNN (yang tak dikuasai perampas kuasa). Apa dia umum? “Tiada kuasa melebihi kuasa rakyat!”
Ni strategi nak hasut minta rakyat Turki turun berhimpun. Sebab perampas buat perintah berkurung.
Kalau ada ahli kerajaan tengah tidur masa tu, semua dikejutkan. Timbalan Perdana Menteri buat live umum “kerajaan masih berkuasa”. Datuk bandar kat Ankara ‘hasut’ rakyat suruh keluar ke jalan raya. Dalam banyak-banyak usaha rampasan kuasa, ini paling meremang. Sebab rakyat turun!
Dah turun, mereka buat apa? Mereka pergi masjid tengah-tengah malam laungkan azan. Tengah malam. Azan tak stop.
Azan yang biasa. Selalu kita dengar. Selalu kita balas. Tapi malam tu? Tu adalah war cry of peace. Ayat-ayat sama tapi maksudnya secara kias suruh lawan perampas kuasa.
And that was it.
Antara Realiti Dan Konspirasi
Kerajaan Turki buat kerja di sebalik tabir dan di ‘medan perang’… sementara rakyat membanjiri serata tempat utama nak tunjuk mereka TAK SETUJU.
Itulah asas nak kalahkan rampasan kuasa. Tunjuk rakyat tak setuju.
Lalu Peace at Home ni ibaratkan syok sendiri.
15 Julai start. 16 Julai balik. Tapi 300+ orang mati kerana usaha ni. Erdogan masa tu atur balik segala struktur kerajaan. 21,000+ guru hilang lesen sebab katanya setia pada Gülen. Bagi Erdogan, ni kerja Gülen. Crackdown ni end up menyebabkan 160,000+ orang hilang kerja.
Masa ni Peace at Home tak boleh minta tolong orang luar pun. Sebab NATO menggesa semua ‘hormati institusi demokrasi di Turki dan pemerintah yang dipilih rakyat’. Total loss.
Tapi masa tu kerajaan-kerajaan Barat taknak serahkan Gülen. Dia ada kat US sejak 1999. Self-exile.
Mereka kata hujah Turki tak meyakinkan. Malah ada juga dakwaan mengatakan ni kerja Erdogan sebenarnya. Banyak hujah ditabur, tapi semuanya boleh ditempelak. Macam:
1. Orang dah ada kat masjid masa rampasan kuasa dibuat (eh? Ramai kat masjid pun satu isu?)
2. Kerajaan dah ada senarai nak tangkap siapa (mestilah, kan ada power play antara Kerajaan vs Tentera).
3. Erdogan guna percubaan rampasan ni nak luaskan lagi kuasanya (dia dari dulu ‘chess player’. Bagi peluang, dia ambil).
Maka tutup buku, ‘pre-planning’ ni hujahnya tak solid.
Dan sejarah tertulis bahawasanya Erdogan survive coup attempt guna kuasa rakyat yang masuk masjid dan turun ke jalanan.
Cuma itulah, kalau analisis betul-betul, kita nampak punca utama gagal.
Geng perampas ni katanya 10,000+ anggota jer. Turkish Armed Forces pula 400,000+.
Peringatan, sahabat semua. Jemput ramaikan reruai kami:
RUJUKAN:
Boulton, R., & Coskun, O. (2014, Mac 28). Turkish security breach exposes Erdogan in power struggle. Reuters.
Filkins, D. (2016, Oktober 10). Turkey’s Thirty-Year Coup. The New Yorker.
Hurriyet. (2013, Disember 31). Amendments have been made to the Judicial Law Enforcement Regulation.
Yumitro, G. (2022, Feburari 2). The Turkish Government’s Policy in Weakening the Gulen Movement. Britain International of Humanities and Social Sciences Journal. 4 (1): 26-33.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source