Nadia Annuar akui silap buka tudung, tak kisah diri jadi mangsa kecaman netizen
Pengacara televisyen, Nadia Annuar mengakui kekhilafan dirinya kerana membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab sepenuhnya selepas memuat naik sebuah hantaran menerusi lama Instagram, semalam.
Pemilik nama Nadia Shahrul Annuar berkata, dia tidak kisah sekiranya orang ramai mahu mengecam dan mengkritik tindakannya membuka tudung kerana sedar diriya tidak mampu memuaskan hati seseorang.
“Takpelah, kecamlah sepuas hati. Kalau rasa dah jatuh terduduk tak cukup. Pijaklah sampai puas.
“Kalau belum puas jugak, pijak sampai mati. Saya reda sebab semua ini kekhilafan saya sendiri,”ujarnya dalam satu hantaran di Insta Story.
Nadia bagaimanapun menyatakan dirinya memerlukan sedikit ruang dan masa bagi memperbetulkan keadaan selain tidak dapat memberi alasan kukuh buat semua orang.
“Maafkan saya sekiranya kekhilafan saya ini membuatkan anda kurang senang dan benci kepada saya.
“Terlalu banyak yang saya lalui dan tak dapat saya kongsikan,”luahnya.
Nadia yang juga anak kepada usahawan popular Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton berharap agar orang ramai tidak mengaitkan keputusan yang dibuat dengan ahli keluarga terutama ibu dan adik lelakinya, Harris Anuar.
Dalam satu kenyataan dalam Insta Story, Nadia menjelaskan ibunya telah membesarkan dirinya dengan didikan yang baik dan memberikan nasihat.
“Satu lagi saya minta sangat, tolong jangan kaitkan dengan ibu saya atau ahli keluarga saya yang lain. Ia bukanlah salah mereka tetapi keputusan saya sendiri.
“Ibu saya adalah seorang insan hebat. Dia sudah membesarkan saya dengan baik dan sudah memberi nasihat, malah adik saya juga,”pintanya.
Tegas Nadia, antara individu yang layak menerima kritikan dan kecaman mengenai keputusan tersebut adalah dirinya sendiri.
“Anda boleh meletakkan segala kesalahan pada saya cuma jangan kecam mereka. Saya, saya adalah insan yang tidak sempurna,”akuinya.
Terdahulu, perkongsian Nadia memaparkan dirinya tidak berhijab menerusi sebuah hantaran di laman Instagram bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran ke-39 menerima banyak kecaman netizen.
Dalam hantaran yang sama, dia tetap bersyukur kerana masih dipanjangkan usia selain mengakui telah melalui pelbagai perkara sukar dalam tempoh setahun lalu.
Sumber: Instagram @nadiaannuar
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source