“Adik nak ayah” – Anak bongsu Shuk enggan berpisah undang sebak ramai
Perkongsian video gelagat anak bongsu kepada pelawak dan pengacara, Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar yang menangis tidak mahu berpisah dengannya telah mengundang sebak ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelawak yang berusia 36 tahun itu di laman TikToknya, dia sedang memujuk anak bongsunya yang bernama Nur Assyifatu Aimi meronta menangis kerana tidak mahu berjauhan dengannya.
@shuksahar Jumpa lagi ain kondeng jaga diri elok2 ye ayah sayang ain ngn aimy…. #shuksahar #hartaduniaakhirat
Apa yang lebih menyayat hati, Aimi meluahkan hasrat mahu bermanja dengan ayah kandungnya itu untuk melepaskan rindu yang terpahat dalam hatinya selama ini.
“Tapi adik nak tidur dengan ayah… adik nak ayah. Tapi adik nak minta angkat dengan ayah,” luah Aimi.
Demi memujuk hati anak-anaknya, Shuk telah membawa mereka membeli makanan ringan dan berjalan-jalan di sekitar Sabah untuk mengambil hati sebelum berpisah.
Difahamkan, selepas Shuk telah disahkan bercerai talak satu dengan Rossa Sera, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu, kesemua anak-anaknya telah tinggal bersama bekas isterinya itu di Sabah.
Bagaimanapun, Aimi terus menangis kesedihan sebaik sahaja menyedari bapanya itu meninggalkan dirinya untuk kembali pulang ke semenanjung.
“Ayah balik dulu. Jumpa lagi Ain dan Aimy. Jaga diri elok-elok ayah sayang Ain dengan Aimi,” katanya.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat situasi yang dialami oleh anak Shuk yang terpaksa berpisah dengan bapanya memandangkan keluarganya sudah berpisah sebagai pasangan suami isteri.
Sementara itu, ramai yang mendoakan agar urusan Shuk Sahar dipermudahkan dan ada yang berharap hubungannya bersama bekas isteri kembali terjalin demi kebahagiaan anak-anak.
Sekadar info, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Wurratu Ain, 6, dan Nur Assyifatu Aimi, 3. Namun, mereka telah disahkan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Sumber: TikTok @Shuk Sahar
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source