Demi selamatkan mahligai, Farid dedah lebih 10 kali cuba berbaik dengan isteri
Aktor Farid Kamil mendedahkan dia sudah menggunakan pelbagai usaha demi memujuk hati isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Diana Danielle untuk kembalikan kebahagiaan mereka seperti sebelum ini.
Menurut laporan Harian Metro, dia mengatakan sudah lebih 10 kali percubaan untuk berbaik semula namun, usahanya itu masih belum berjaya.
“Dari awal sampai sekarang, apa yang saya cuba buat adalah mempertahankan keluarga saya dan mempertahankan perkahwinan kami.
“Banyak dah usaha dan saya rasa, dah lebih 10 kali percubaan saya buat untuk berbaik semula. Tapi, kata orang, sentiasa ada halangan yang tak sepatutnya. Belum sampai waktunya dan waktu itu akan tiba. Insya-Allah,” luahnya.
Dalam pada itu, prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Farid Kamil dan Diana Danielle gagal serta menemui jalan buntu apabila Farid enggan untuk melafazkan talak walaupun telah diminta oleh mahkamah.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh peguam syarie mewakili Diana Danielle, Datuk Akberdin Abdul Kader mengenai prosiding tersebut yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
“Tadi, mahkamah sudah bacakan pendapat daripada JKP. Memang pendirian plaintif jelas, dia tak mahu teruskan dengan perkahwinan dan nyatakan sebab-sebabnya. Defendan pun dah jelaskan daripada pihaknya.
“Kemudian, saya pohon kepada mahkamah untuk minta dia lafazkan cerai, tapi dia tak setuju. Jadi, hakim dah rujuk perkara ini kepada hakam keluarga atau hakam islah.
“Ini sekali gus memerlukan satu lagi proses rundingan. Jadi, kita akan lihat hasilnya dan kalau berjaya, dia akan lafazkan cerai. Kalau dia masih enggan, kita akan serahkan kepada hakam mahkamah dan mahkamah akan minta wakil kepada suami untuk lafaz,” katanya.
Sementara itu, peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Diana Danielle untuk kes nusyuz memaklumkan pihak Farid sudah menggugurkan tuntutan kembali taat yang pernah difailkan sebelum ini.
“Sebelum ini, Farid failkan perintah kembali taat dan juga tuntutan sabitan nusyuz kepada Diana. Jadi, pada hari ini, saya membuat bantahan lebih awal dan pihak peguam Farid bersetuju untuk gugurkan tuntutan kembali taat.
“Jadi, yang tinggal sekarang adalah tuntutan nusyuz saja yang perlu dijawab. Jadi, kami sudah memohon satu tarikh sebutan untuk memfailkan pembelaan terhadap dakwaan nusyuz, terhadap Diana dan tarikhnya adalah pada 15 Jun nanti,” ujarnya.
Bagaimanapun, peguam syarie yang mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan pula memberitahu mahkamah telah memutuskan berlakunya shiqaq memandangkan pasangan tersebut tidak tinggal sebumbung.
“Mahkamah akan menasihatkan Farid untuk melafazkan talak, namun, dia masih tetap dengan pendiriannya untuk menyelamatkan rumah tangga,” jelasnya lagi.
Sekadar info, Farid dan Diana telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source