‘Seagama pun boleh berpecah’, Zahid mahu catatan ahli politik berbaur perkauman, agama dipantau
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata dapatan kajian CIJ memperlihatkan isu sempit sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik.
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mahu catatan ahli politik di media sosial yang berbaur perkauman dan agama dipantau, susulan dapatan kajian oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) ke atas media sosial pada PRU15.
Beliau berkata dapatan kajian itu memperlihatkan isu-isu sempit sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik, seperti ‘fatwa’ oleh seorang pemimpin politik yang didakwa mengkafirkan parti politik lain.
“Fatwa yang pernah dikeluarkan oleh seorang pemimpin parti politik; mengkafirkan parti politik yang lain atau mengharamkan apa yang dilakukan oleh ahli sebuah parti, masih tidak ditarik balik.
“Ini mewujudkan perpecahan antara pengikut parti berbeza, tetapi penganut agama yang sama,” katanya selepas merasmikan sesi libat urus program Tabika Pra Tahfiz Kemas.
Pemantauan media sosial pada PRU15 oleh CIJ dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia, Universiti Sains Malaysia, dan Universiti Malaysia Sabah mendapati bahan berkisar naratif kaum dan agama yang menyinggung perasaan ‘menguasai’ platform media sosial utama ketika PRU15.
Kajian itu dilaksanakan antara 20 Okt hingga 26 Nov tahun lalu, bermula dari ketika Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihan raya sehingga beberapa hari selepas pilihan raya selesai.
Menurut kajian berkenaan, daripada 117,152 bahan yang dimuat naik di Facebook, Twitter, YouTube dan TikTok, 66,933 menyentuh isu kaum, manakala 24,484 membabitkan isu agama, dengan ahli politik dikesan sebagai pelaku utama yang menyumbang kepada naratif kaum.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source