‘Parcel’ koyak, ramai bengang staf kurier sengaja pamer barang pelanggan
Satu video tular di aplikasi Twitter yang memaparkan seorang pekerja syarikat kurier bertindak mempamerkan barang pelanggan dimana bungkusannya terkoyak yang dibeli secara dalam talian telah mencetuskan kemarahan ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @twtbiy, dapat dilihat beberapa pekerja sedang menyusun barangan di dalam guni selepas dibaling oleh pekerja lain.
Bagaimanapun, apa yang mengundang rasa tidak puas hati ramai terdapat salah satu parcel pelanggan yang mengandungi pisang telah terkoyak sehingga berkemungkinan berlaku kerosakan.
Selain itu, mereka juga bimbang mengenai keadaan barangan yang dibeli atau dihantar menggunakan perkhidmatan syarikat kurier berkenaan yang seakan tidak berasa bersalah dengan tindakan pekerja itu.
Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen berkongsi pengalaman mereka sepanjang menggunakan perkhidmatan kurier tersebut yang meminta agar memperbaiki lagi sistem syarikat dengan lebih baik untuk masa akan datang.
Peka dengan aduan pelanggan, pihak kurier tersebut memohon maaf terhadap insiden yang berlaku dan akan menyiasat kes tersebut serta akan dikenakan tindakan tegas terhadap pekerja tersebut jika didapati bersalah.
Sumber: Twitter @twtbiy
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source