TMJ dipuji rendah diri, tetap kacak meski makan aiskrim RM1
Sebut sahaja nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibn Sultan Ibrahim Ismail pasti ramai mengetahui mengenai keperibadiannya sebagai seorang yang kerabat diraja berjiwa rakyat dan sentiasa berusaha menambahbaik bola sepak tempatan.
Malah, setiap hantaran dikongsikan oleh TMJ sentiasa menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi ia melibatkan arena bola sepak.
Namun, lain pula pada hantaran yang dikongsikan oleh salah seorang peminat di aplikasi TikTok sehingga ia menjadi bualan ramai yang dilihat santai meluangkan masa di sebuah kolam renang.
Mana tidaknya, TMJ yang juga merupakan pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sedang memakan makanan sejuk beku yang dihasilkan oleh bahan tenusu iaitu aiskrim Solero.
@tunkumahkotajohor
Meskipun peminat tidak menulis sebarang kapsyen, tetapi hantaran berkenaan berjaya menarik lebih 1.5 juta tontonan dan pelbagai reaksi berjaya dikumpul.
Rata-rata warganet memuji beliau yang seorang yang rendah diri dengan tidak memilih aiskrim harga kayangan meskipun memiliki harta kekayaan yang tidak terkata.
Mereka juga berpendapat bahawa golongan berpendapatan rendah agar tidak mempunyai selera ‘tekak T20’ selepas melihat TMJ cuma makan aiskrim bernilai RM1 sahaja.
Sumber: TikTok @tunkumahkotajohor
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source