Rasa bersalah hingga dewasa, abang kesal adik ‘pergi’ lepas ditinggal main bola
Setiap orang mempunyai cerita masa lalu yang pelbagai. Walaupun perkara tersebut sudah lama terjadi, namun jika ia memberi kesan kepada kehidupan, pastinya akan terus dikenang sampai bila-bila.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Redza Aydan apabila menceritakan kejadian sedih sewaktu dia berusia 8 tahun.
Menurutnya, sehingga kini dia berasa bersalah kerana menganggap diri menjadi punca pemergian adik tersayang. Menurut ciapan yang dibuat, Redza mengatakan ketika itu dia sepatutnya menjaga adik dirumah kerana orang tuanya ada urusan sebentar.
Namun, dia mengambil keputusan untuk pergi bermain bola dan meninggalkan adiknya di rumah.
Tambahnya, ketika dia pulang dari rumah, dia melihat orang ramai berada di keliling kawasan kediaman mereka dan mengatakan yang adiknya terkunci dari dalam.
Jadi, dia terus berlari masuk ke dalam rumah melalui tingkap yang dipecahkan dan memeluk adiknya dengan seribu satu perasaan.
Sedar diri alpa membiarkan adik yang masih kecil bermain sendiri, Redza mengakui yang dia pasrah dimarahi ayahnya.
Namun, malam selepas kejadian tersebut, ibunya panik apabila muka allahyarham adik bertukar biru. Jadi, bapanya bergegas membawa ke klinik dan kemudian ke hospital selepas keadaannya semakin teruk.
Selepas menunggu beberapa jam sehingga subuh, dia mendapat khabar bahawa adiknya telah tiada kerana dipercayai termakan racun tikus ketika itu. Dia merasakan ketika arwah adiknya terkunci, dia telah memakan racun tikus yang berada di bawah tangga rumah.
Jadi, disebabkan itu dia berasa begitu menyesal kerana menganggap kebodohan diri meninggalkan adik yang masih kecil bermain sendiri menjadi punca kematiannya.
Sedar yang qada’ dan qadar dari Allah S.W.T, ibunya sedaya upaya memujuk Redza supaya menerima ketentuan dan tidak menyalahkan diri keatas pemergian adik tersayang.
Ujarnya, sehingga ke hari ini, dia masih lagi tidak dapat melupakan kematian adiknya dan jika dia masih hidup, dia akan pastikan adiknya menjadi insan petama yang paling disayang.
Perkongsian yang dibuat Redza nyata mencuri perhatian ramai sehingga ia menerima pelbagai komen daripada warganet.
Rata-rata memberikan kata-kata semangat untuknya meneruskan hidup dan berharap agar adiknya tenang disana.
Sumber: Twitter @RedzaAydan
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source