Netizen dakwa pendaki Malaysia tak kenang budi, ‘block’ malim Gunung Everest di IG?
Kecoh di laman Twitter apabila terdapat warganet mendakwa pendaki solo negara, T Ravichandran tidak memberikan kredit atau penghargaan terhadap malim gunung dari Nepal dalam sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
Difahamkan, warganet mendakwa Ravichandran terhutang budi terhadap malim gunung atau sherpa yang membantu membawanya keluar selepas terkandas di ‘zon maut’ di Gunung Everest pada 18 Mei lalu.
Menerusi beberapa ciapan warganet di laman Twitter, ramai mengecam tindakan Ravichandran yang didakwa tidak berterima kasih terhadap malim gunung, sebaliknya menyebut nama pihak lain.
“Sejauh manakah pentingnya Pasukan Penyelamat dan Penyelamat Heli pada Ekspedisi Everest? Percayalah, ia sangat penting.
“Saya masih hidup hari ini kerana mempunyai rakan yang terbaik dan berdedikasi – The 14th Peaks Expedition Co dan Global Rescue Ins.
“Everest pada tahun sebelum terutamanya pada 2022 adalah baik tetapi pada 2023, ia sukar dan meragut ramai nyawa,” tulis Ravichandran semalam.
Susulan itu, warganet meluahkan rasa terkilan dan tidak puas hati terhadap tindakan pendaki berusia 58 tahun tersebut apatah lagi malim gunung telah mempertaruhkan nyawa dalam misi menyelamat beraltitud tinggi.
If someone RISKS HIS OWN LIFE to save you from the brink of death in the “hardest rescue in his life”, the least you could do is acknowledge and thank him.
I’m not trying to rain on a fellow Malaysian’s parade, but this attitude is so extremely disappointing. https://t.co/8L2g3nO6RF pic.twitter.com/Tl7eBLJiUk
— xOHNOx (@CluelessArt) June 3, 2023
He has been deleting comments not suiting the narrative. Let’s see how long before mine gets taken away. June 3, 2023, 11:05. pic.twitter.com/ll6BYwRUSS
— Stupe (@tristupe) June 4, 2023
Malah, netizen juga mendakwa Ravichandran turut menyekat akaun media sosial milik Gelje Sherpa, salah seorang malim gunung yang bertanggungjawab menyelamatkannya di atas kem empat di Everest.
Dah la dia blocked Sherpa tu kat semua kat social media. Ungrateful gilehhhh pic.twitter.com/W2qPxg5BlV
— N E Y R A (@neyrashazeyra) June 4, 2023
Brother @ravieverest8848 you really had it coming when you decided to block Gelje the Sherpa on IG. He persuaded his clients to cancel attempt and carried you 6 hrs to safety. Yet that is how you repay him. https://t.co/3lYZ80lxhH
— likweis (@likweis) June 4, 2023
Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian di Instagram hari ini, Ravichandran telah mengemas kini hantaran terbaharu dengan memberikan kredit nama kepada malim gunung yang terbabit dalam misi menyelamatkan dirinya.
Memetik laporan Berita Harian bertarikh 31 Mei lalu, Gelje berkongsi cerita bahawa dia membawa pendaki dari China ke puncak Everest sebelum ternampak seorang pendaki Malaysia berpaut pada tali dan menggigil akibat kesejukan melampau.
Dia kemudian menarik pendaki itu sejauh 600 meter turun dari kawasan Balcony ke South Col dalam tempoh kira-kira enam jam, sebelum seorang lagi malim gunung bernama Nima Tahi turut sama membantu.
Foto Gelje Sherpa via REUTERS: Ngima Tashi Sherpa memikul pendaki Malaysia
“Kami menyelimutkan pendaki itu dengan ‘sleeping mat’ dan adakala menyeretnya di atas salji atau membawanya secara bergilir-gilir ke Kem III,” katanya.
Sumber: Instagram @ravieverest, Twitter search, Berita Harian
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source